• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Maybank

Pengguna e-Wallet Maybank Tembusi Angka Sejuta Selepas 8 Bulan Dilancarkan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:24 pm
  • 24/10/2019
  • Komen
Maybank MAE ialah ewallet paling mudah dan berguna
Share on FacebookShare on Twitter

Maybank MAE adalah satu-satunya e-Wallet dengan fungsi perbankan di Malaysia. Ia diumumkan dalam bulan Mac 2019 dan pada ketika itu, mereka mensasarkan cuma 100,000 penembusan menjelang penghujung 2019, tapi lain pula ceritanya hari ini apabila mereka menyaksikan lebih 1 juta pengguna berdaftar kini menggunakan MAE.

Daripada jumlah tersebut, 75% adalah daripada golonga 35 tahun kebawah manakala 300 ribu daripada pengguna keseluruhan adalah yang berumur 24 tahun kebawah. Ia menunjukkan yang rakyat Malaysia kini lebih celik teknologi lebih-lebih lagi hal transaksi tanpa tunai yang kian merebak pantas hari demi hari.



Tapi sudah tentu tak terhenti di situ. Hal ini kerana, angka pengguna MAE tak sampai separuh pun daripada angka yang menggunakan aplikasi Maybank App sedangkan MAE ditanam Maybank dalam aplikasi yang sama.

Ia mungkin direalisasikan apabila kerajaan Malaysia, menerusi rank pembekalan 2020 telah meluluskan pemberian RM30 secara sekali-beri kepada e-Wallet terpilih.



Jika anda masih tak tahu, MAE adalah servis percuma yang ada dalam APP Maybank di telefon anda. Dengannya anda diberikan nombor akaun supaya anda boleh pindah keluar/masuk dana daripada akaun anda ataupun akaun orang lain.

Cara perpindahan juga pelbagai, anda boleh gunakan mesin deposit, perbankan dalam talian, ataupun secara kod QR dan kaedah pembayaran QR juga hadir di lebih 3 juta penjual di seluruh negara.

Tags: bankMaybankmaybank maemaybank qr pay
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Maybank MAE ialah ewallet paling mudah dan berguna

Pengguna e-Wallet Maybank Tembusi Angka Sejuta Selepas 8 Bulan Dilancarkan

24 October 2019
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN