• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sunway Pyramid perkenal sistem parkir tanpa tiket paling mudah dan cepat

  • OLEH Najib
  • 7:40 pm
  • 29/10/2019
  • Komen
Sunway Pyramid perkenal sistem parkir tanpa tiket paling mudah dan cepat
Share on FacebookShare on Twitter

Memandu kenderaan ke Sunway Pyramid selepas ini akan lebih mudah kerana Sunway Pyramid hari ini mmeperkenalkan sistem parkir pintar yang menggunakan teknologi pengecaman nombor plat kenderaan (LPR). Ini membolehkan pemandu keluar dan masuk parkir tanpa menggunakan tiket atau kad.

Sistem LPR ini dibangunkan oleh syarikat JeiShun, penyedia perkhidmatan parkir pintar dari China. Menariknya, sistem ini menerima pelbagai bayaran tanpa tunai menggunakan perkhidmatan pembayaran MPay. Bermakna, pengunjung boleh membayar parkir menggunakan eWallet GrabPay, Boost, WeChat pay, AliPay, Touch ‘n Go eWallet, Maybank QR Pay serta menggunakan kad seperti Mastercard, Visa, American Express, JCB, UnionPay dan MyDebit.



Bagaimanapun, buat masa ini sistem LPR ini hanya boleh digunakan oleh pengguna pas bermusim sahaja. Ia akan dilaksanakan untuk orang ramai pada suku pertama tahun 2020. Menurut Sunway, ini adalah sistem parkir pintar pertama di Malaysia yang membenarkan pembayaran dari pelbagai sistem, yang pastinya memberi lebih ruang kepada pengunjung.

Sunway akan melaksanakan sistem LPR di Sunway City, meliputi Sunway Pyramid, Sunway Hotel dan Menara Sunway.



Untuk menggunakannya, pemandu boleh mendaftar nombor plat kenderaan mereka menerusi lama nweb Sunway Parking atau aplikasi mudah alih. Sunway memaklumkan, fungsi parkir pintar ini akan diterapkan ke dalam aplikasi Sunway Pal. Selepas mendaftar, hanya pandu masuk ke dalam parkir tanpa perlu mengambil tiket dan membayar apabila mahu keluar melalui aplikasi. Pagar akan terbuka sendiri apabila ia telah mengenalpasti nombor plat kenderaan.

Untuk keselamatan tambahan, terdapat pilihan untuk mengunci nombor plat kereta di dalam aplikasi, jadi ia tidak boleh keluar dari kawasan parkir. Menurut wakil JeiShun, sistem LPR ini telah mencapai 95% kadar ketepatan mengecam nombor plat Malaysia dan mensasarkan untuk meningkatkan kadar ketepatan kepada 99.7%.

Kepada pengunjung yang tidak memiliki akses ke internet atau aplikasinya, pembayaran parkir masih boleh dibuat menggunakan kad Touch n Go atau mesin autopay yang menerima bayaran menggunakan kod QR dan kad.

Sebagai pengenalan, pendaftaran nombor plat kenderaan di laman web Sunway sekarang, berpeluang untuk menerima satu kali parkir percuma di Sunway Pyramid, apabila sistem LPR mula dibuka kepada orang ramai kelak.

Tags: Sunway Pyramid
Najib

Najib

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Sunway Pyramid perkenal sistem parkir tanpa tiket paling mudah dan cepat

Sunway Pyramid perkenal sistem parkir tanpa tiket paling mudah dan cepat

29 October 2019
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN