• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pesaing Mi 9T Pro berkuasa Snapdragon 855+ dari Realme telah dikesan di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 11:58 am
  • 04/11/2019
  • Komen
Realme X2 Pro telefon flagship yang boleh membunuh OnePlus 7T
Share on FacebookShare on Twitter

Realme Malaysia baru sahaja melancarkan Realme XT minggu lepas. Ia adalah peranti yang setanding dengan Mi 9T dari segi harga dan spesifikasi. Tetapi satu peranti Realme yang lebih berkuasa telah dikesan di SIRIM. Ia jauh lebih perkasa dari Mi 9T Pro dan berkeupayaan membunuh flagship lain jika harganya lebih rendah dari biasa.

Peranti yang diperkatakan ini ialah Realme X2 Pro. Ia baru dilancarkan di Eropah akhir bulan lepas dan akan mula dijual pada bulan November. Berita baik untuk Malaysia, Realme X2 Pro telah disenaraikan di SIRIM. Walaupun masih belum ada pengesahan rasmi dari Realme Malaysia, tetapi ia petanda yang ia akan dijual di Malaysia kelak.



Realme X2 Pro adalah model pertama Realme yang dibekalkan pemproses Qualcomm kelas flagship, Snapdragon 855+ yang dipadankan dengan sistem penyejukan cecair. Ia boleh didapati dengan pilihan RAM sehingga 12GB serta storan dalaman sehingga 256GB dari jenis UFS3.0.

Skrin Realme X2 Pro sebesar 6.5-inci dari jenis Super AMOLED, memiliki takuk kecil yang memuatkan kamera hadapan 16MP. Skrin ini turut memiliki kadar refresh rate sehingga 90Hz dengan kadar kontras 2,000,000:1 serta kecerahan setinggi 1,000 nits.



Paparan ini dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 5 serta pengimbas capjari di dalam skrin. Ia menjadi lebih menarik apabila diapit oleh pembesar suara stereo di atas dan bawah telefon dengan teknologi Dolby Atmos. Jek audio 3.5mm juga masih terdapat padanya.

Untuk kamera, Realme X2 Pro menggunakan empat kamera belakang. Kamera utamanya 64MP F1.8 dari sensor Samsung GW1, bersama kamera telefoto 13MP F2.5 yang berupaya mengezum hibrid 20x, kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera pengesan kedalaman 2MP.

Bateri di dalamnya agak besar, berkapasiti 4,000mAh tetapi lebih menakjubkan, ia menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 50W melalui sambungan USB-C. Ia boleh mengecas penuh telefon dalam masa 35 minit sahaja.

Di Eropah, Realme X2 Pro akan mula dijual pada bulan November dengan harga seperti berikut:

  • Realme X2 Pro (RAM 6GB + storan 64GB) – EUR399 (~RM1,845)
  • Realme X2 Pro (RAM 8GB + storan 128GB) – EUR449 (~RM2,076)
  • Realme X2 Pro (RAM 12GB + storan 256GB) – EUR499 (~RM2,308)

Dengan skrin 90Hz, kamera 64MP, speaker stereo Dolby Atmos dan Snapdragon 855+, jelas Realme X2 Pro lebih perkasa dari Mi 9T Pro. Malah, spesifikasi ini sangat mirip dengan OnePlus 7T Pro yang dijual pada harga RM3,399 dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Jika Realme X2 Pro diletakkan harga di bawah RM3,000 pada spesifikasi yang sama, ia boleh dianggap pembunuh untuk OnePlus 7T Pro.

Sama-sama kita nantikan pengesahan rasmi dari Realme Malaysia.

Sumber: Amanz

Tags: RealmeRealme X2 pro
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Realme X2 Pro telefon flagship yang boleh membunuh OnePlus 7T

Pesaing Mi 9T Pro berkuasa Snapdragon 855+ dari Realme telah dikesan di Malaysia

4 November 2019
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER