fbpx

Lazada Kongsi 7 Tips & Tricks Tentang Cara Anda Boleh Dapatkan Promosi Terbaik Menjelang Pesta 11.11

Artikel ini dibawakan oleh Lazada Malaysia

Pesta beli belah dalam talian Lazada 11.11 akan berlangsung tak lama lagi. Jika dulu anda hanya terpacak depan skrin mencari barang-barang pada harga menarik, untuk edisi tahun 2019, Lazada sendiri pecah rahsia tentang cara anda boleh buru promosi terbaik atas platform beli-belah dalam talian tersohor itu.

Berikut adalah 8 tips & tricks yang perlu anda tahu untuk memaksimumkan habuan anda sepanjang Lazada 11.11

1. Cashback 100% bila anda tambah nilai ke Lazada Wallet

Lazada Wallet adalah fungsi e-dompet yang diperkenalkan Lazada dalam bulan April 2018. Ia boleh mempercepat traksaksi anda di Lazada disamping berikan anda lebih penjimatan.

Tapi untuk Lazada 11.11, anda berpeluang untuk beroleh pulangan tunai 100% jika anda memuat masuk RM111 kedalam e-dompet anda antara 1 hingga 6 November 2019 pada waktu 11 pagi dan 11 malam. Dengan kata lain, anda bakal ada RM222 untuk dibelanjakan!

Bukan itu saja, jika anda masukkan sekurang-kurangnya RM100 kedalam e-dompet antara 7 hingga 10 November, Lazada mungkin akan masukkan RM1,111 tambahan kepada baki untuk beli-belah.

2. Mesti Beli Deals Tawarkan Jualan Kilat Dalam Pelbagai Kategori

“Jualan kilat” adalah aktiviti harian yang diadakan Lazada. Tapi untuk Lazada 11.11, mereka menambah lagi kemeriahan Crazy Flash Sales dengan pelbagai produk menarik dalam pelbagai kategori.

Tanda calendar anda agar tidak terlepas peluang.

  • 12 tengah malam – 2 pagi
    • Crazy Brand Mega Offers
  • 9 pagi – 11 pagi
    • Kesihatan & Kecantikan
  • 11 pagi – 1 tengah hari
    • Elektronik
      • Apple iPhone 6S Plus 32GB (Space Grey) – RM1449 RM1,111
      • Realme 3 (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM699 RM111
  • 1 tengah hari – 3 petang
    • Kelengkapan rumah
      • Dyson Air Multiplier AM07 Tower Fan Iron/Blue – RM1,789 RM11.11
  • 3 petang – 5 petang
    • Fesyen
  • 5 petang – 7 malam
    • Permainan, barangan kanak-kanak, dan bayi
  • 7 malam – 8 malam
    • Global Collection

3. LazGame: Tiru wajah emoji dan dapat ganjaran

Kalau anda banyak masa terluang, sertailah permainan LazGame untuk kumpul mata yang boleh ditukarkan kepada baucar-baucar menarik. Apa yang perlu anda lakukan cumalah tiru wajah emoji.

Lebih banyak anda main, lebih banyak mata yang akan anda kumpul. Nak lebih tinggi peluang untuk menang? Kongsikan klip permainan anda dengan kawan-kawan untuk dapatkan 5 peluang bermain.

BACA  Ini sebabnya mengapa fiber optik adalah jalan termaju

4. Cup barang anda sebelum kehabisan

Chup Dulu membolehkan anda mengunci produk yang diingini sebelum ia dijual. Dengan bayaran deposit yang minimum, Lazada akan menyimpan produk tersebut untuk jamin yang ia akan jadi milik anda. Harga produk tersebut juga akan lebih murah daripada hari jualan 11.11!

Semasa Lazada 11.11 anda cuma perlu pergi ke halaman pembayaran dan lunaskan baki harga barang yang telah dicup tanpa perlu bersaing dengan orang lain. Mudah bukan? Antara produk menarik yang anda taknak terlepas adalah seperti:

  • COOCAA 55” 55Q5 – RM2,999 RM1,629
  • Apple iPad Pro 12.9 inch (512GB) – RM5,028 RM2,799
  • Ford Ranger Splash Limited Edition (eksklusif dan hanya didapati di Lazada) – RM1,389 bayaran tempahan

5. Hujan Baucar Semasa Kira Turun Lazada 11.11

Pada malam 10 November 2019, Lazada akan bersiaran langsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) menerusi TV3 untuk kira turun Lazada 11.11. Sambil-sambil menunggu jualan kilat pertama, bolehlah anda tonton persembahan selebriti terkenal seperti Apink, Ayda Jebat, Hael Husaini, dan ramai lagi.

Untuk setiap persembahan, Lazada akan menyelanginya dengan acara Voucher Rain di APP Lazada. Apabila menyertainya, anda berpeluang untuk memenangi baucar Lazada dan jenama tertentu sehingga RM1,000.

6. Sertai Lazada Stamp Hunt

Aktiviti ini agak unik kerana ia memerlukan anda melawat salah satu daripada lebih 800 kedai fizikal di seluruh Malaysia untuk mengumpul stem digital. Antara kedai yang terlibat ialah:

  • Dominos
  • Burger King
  • Cosway
  • Blue Cube Celcom
  • Tiger Sugar
  • Krispy Kreme

Cara untuk mengumpul stem ini adalah dengan mengimbas kod QR khas di lokasi-lokasi terpilih dengan menggunakan APP Lazada anda. Dengannya, anda akan terima baucar digital untuk digunakan semasa beli belah di Lazada.

  • Beberapa promosi eksklusif yang menanti anda adalah:
  • Pizza saiz personal pada harga RM14.90
  • Minuman Tiger Sugar pada diskaun 22%
  • 4 promosi unik Domino hanya semasa Lazada 11.11
BACA  4 Tip Berguna Huawei Untuk Maksimumkan Pengalaman Bercuti Anda

Lazada Stamp Hunt akan berlangsung antara 4 hingga 14 November 2019. Apabila anda menyertainya, anda bukan saja mengumpul baucar, anda juga berpeluang menyertai hadiah daripada kempen Hearbeat Experiences.

Dalam kempoen itu, sebanyak 11 hadiah yang tak boleh dibeli dengan wang telah disediakan. Antaranya adalah seperti:

  • Simulasi penerbangan oleh MAS
  • Bekalan minuman Tiger Sugar selama setahun

7. Tak mungkin anda jumpa produk lebih murah daripada Lazada

Tahukah anda yang Lazada ada program yang dinamakan Lowest Price Guarantee? Sekiranya anda temui produk yang sama, tapi harga lebih rendah daripada Lazada, segera laporkannya untuk terima dua kali ganda perbezaan harga itu.