fbpx

Honor 9X sah akan dilancarkan di Malaysia bulan ini

Honor 8X merupakan salah satu telefon pintar Honor yang paling popular di Malaysia. Selain harganya yang sangat mampu milik, ia memiliki skrin dan bateri yang amat besar, membuatkan ia berjaya menarik minat ramai pengguna.

Penggantinya Honor 9X kini telah menerima tarikh pelancaran di Malaysia. Ia akan dilancarkan pada hujung bulan ini, 21 November 2019. Ia pasti mensasarkan untuk dijual sempena jualan hujung tahun, berkemungkinan besar pada jualan 12.12 kelak.

Dikatakan, Honor 9X yang dilancarkan di pasaran antarabangsa termasuk Malaysia, berbeza dari model yang dilancarkan di China menggunakan nama yang sama. Honor Global sendiri, telah berkongsi beberapa maklumat tentang Honor 9X.

Dari laman web Honor UK, spesifikasi Honor 9X yang disenaraikan antaranya ialah skrin FullView 6.59-inci tanpa takuk dan lubang, bateri 4,000mAh, port pengecas USB-C, tiga-kamera belakang dengan kamera utamanya 48MP serta kamera hadapan 16MP dalam modul pop-up boleh sembunyi.

Ia datang dengan RAM 4GB dan storan dalaman 128GB serta boleh diluaskan menggunakan kad mikroSD sehingga 512GB. Yang menjadi persoalan adakah set Malaysia akan dilengkapi cip Kirin 710F seperti di Honor UK, atau Kirin 810 seperti di China.

Paling penting, Honor 9X versi global dilaporkan memiliki Google Mobile Services, tiada halangan dan sekatan seperti Huawei Mate 30. Bermakna ada Google Playstore, YouTube, Maps, Chrome dan lain-lain.

Semua maklumat akan dapat dipastikan semasa pelancarannya di Malaysia pada 21 November 2019. Kita nantikan ketibaan tarikh tersebut.

Sementara itu, kita saksikan dulu Honor 9X mengharungi pelbagai ujian kualiti dalam video di bawah:

BACA  Honor MagicBook Diperkasa AMD Ryzen Untuk Prestasi Tanpa Kompromi