• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor Malaysia pra tonton dua produk baru yang bakal tiba

  • OLEH Najib
  • 11:31 am
  • 22/11/2019
  • Komen
Honor Malaysia pra tonton dua produk baru yang bakal tiba
Share on FacebookShare on Twitter

Pelancaran Honor 9X semalam bukan sahaja diiringi ketibaan 3 produk baru Honor, tetapi Honor Malaysia turut mengumumkan 2 lagi produk Honor yang akan tiba ke Malaysia tidak lama lagi. Dua produk itu ialah jam pintar Honor Magic Watch 2 dan laptop Honor MagicBook.

Honor tidak menjelaskan bilakah ia akan datang ke Malaysia tetapi dapat kami rasakan sebelum Hari Krismas.



Honor Magic Watch 2

Jam pintar generasi kedua dari Honor ini akan dilancarkan bersama Honor V30. Majlis pelancarannya akan diadakan di Beijing, China pada 26 November 2019. Masih tiada maklumat rasmi tentangnya tetapi Honor telah berkongsi gambar sebenar jam pintar ini kepada TechRadar.

Dari gambar tersebut, dapat dilihat muka jam Magic Watch 2 kini lebih nipis dan tidak lagi menggunakan warna merah padanya. Warna hitam memenuhi keseluruhan jam ini dan warna merah hanya terdapat pada butang dail di sisi. Tetapi mungkin akan ada warna lain yang diperkenalkan kemudian.



Selain dari itu, jam ini kelihatan seperti jam tangan biasa tetapi dengan rekaan lebih moden.

Honor MagicBook

Ini adalah percubaan pertama Honor dalam menghasilkan laptop. Ia telah dijual di Rusia dalam dua perisa, kuasa Intel Core i5-8520U bersama GeForce MX150 atau kuasa AMD Ryzen 5 2500U dan Radeon XFR mobile. RAM dari jenis DDR3 sebesar 8GB dan storan dari jenis SSD seluas 256GB.

Skrin Honor MacBook berukuran 14-inci dengan resolusi HD Penuh, tanpa fungsi sentuh. Badannya dilapisi kemasan metalik dengan badan sangat nipis dan berat hanya 1.47kg. Skrin laptop ini boleh dibuka rata sehingga 180-darjah.

Papan kekunci laptop ini memiliki kekunci berlampu serta pengimbas capjari yang digabungkan di butang kuasa. Port yang mencukupi turut diberikan seperti USB-A 2.0, USB 3.0, HDMI, jek audio serta port USB-C yang turut berfungsi sebagai port pembekal kuasa. Honor memberikan pengecas USB-C 65W untuk laptop ini.

Dengan bateri penuh, laptop ini boleh digunakan sehingga 12 jam lamannya. Ia turut dilengkapi empat pembesar suara stereo yang menyokong teknologi bunyi Dolby Atmos.

Salah satu pasaran yang telah menjual Honor MagicBook adalah di Rusia. Untuk model Intel Core-i, ia dijual pada harga RUB69,990 (~RM4,578) manakala model AMD Ryzen berharga RUB49,990 (~RM3,270). Mungkin di Malaysia nanti ia lebih murah, tetapi dijangka masih di atas RM3,000 bagi model AMD Ryzen dan lebih RM4,000 untuk model Intel Core-i.

Tags: honorHonor Magic Watch 2Honor MagicBook
Najib

Najib

POPULAR

Honor Malaysia pra tonton dua produk baru yang bakal tiba

Honor Malaysia pra tonton dua produk baru yang bakal tiba

22 November 2019
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER