• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor 20 dan Honor 20 Pro kini lebih murah RM300 di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 4:01 pm
  • 25/11/2019
  • Komen
Honor 20 Pro akan sampai Malaysia bulan Ogos, berapa pula harganya?
Share on FacebookShare on Twitter

Pada jualan 11.11 yang lepas, Honor telah memberi diskaun kepada Honor 20 dan Honor 20 Pro. Kini diskaun tersebut menjadi kekal apabila Honor Malaysia hari ini mengumumkan penurunan harga untuk kedua-dua telefon ini.

Honor 20 telah mula dijual di Malaysia pada bulan Jun lepas pada harga RM1,699. Honor 20 Pro pula, tiba kemudian dengan harga RM2,299. Harga terbaru kini diumumkan lebih murah RM300, menjadikan kedua-dua telefon kini berharga seperti berikut:



  • Honor 20 (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM1,699 RM1,399
  • Honor 20 Pro (RAM 8GB +Storan 256GB) – RM2,299 RM1,999

Honor 20 dan Honor 20 Pro memiliki sedikit persamaan dan perbezaan. Kedua-duanya dikuasakan cip Kirin 980 dan menggunakan skrin LCD HD Penuh berukuran 6.26-inci. Pengimbas capjari fizikal terletak di sisi yang bergabung dengan butang kuasa. Sementara bateri Honor 20 hanya 3,750mAh, bateri di Honor 20 Pro sebesar 4,000mAh dan kedua-duanya menyokong pengecasan pantas melalui USB-C.

Terdapat 4 kamera belakang di telefon ini dengan spesifikasi berbeza. Honor 20 Pro memiliki kamera utama 48MP F1.4, kamera ultra lebar 16MP, kamera telefoto 8MP dan kamera makro 2MP. Honor 20 pula menggunakan kamera utama 48MP F1.8, kamera ultra lebar 16MP, kamera pengesan kedalaman 2MP dan kamera makro 2MP.



Kenali Honor 20 dan Honor 20 Pro menerusi video kami di bawah ini.

Tags: honorHonor 20Honor 20 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Honor 20 Pro akan sampai Malaysia bulan Ogos, berapa pula harganya?

Honor 20 dan Honor 20 Pro kini lebih murah RM300 di Malaysia

25 November 2019
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN