Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Tawaran istimewa Edisi Barcelona bagi Oppo Reno 10x Zoom hanya untuk sehari

Salah satu telefon pintar keluaran Oppo yang sangat unik adalah edisi FC Barcelona, yang dihasilkan dengan kerjasama pasukan bolasepak terkemuka. Telefon pintar Oppo yang terbaru diberi sentuhan FC Barcelona ialah Reno 10x Zoom yang kini ditawarkan pada harga istimewa sempena pembukaan Stor Flagship Oppo.

Peminat Oppo dan FC Barcelona boleh mendapatkan telefon pintar Reno 10x Zoom FC Barcelona pada harga RM3,199 sahaja, diskaun sebanyak RM800 dari harga asal. Lebih menarik lagi, pembeli turut menerima hadiah percuma bernilai RM1,197 berupa beg Oppo x Barca, fon kepala Oppo Enco Q1 dan Powerbank VOOC.

Bagaimanapun, tawaran ini hanya boleh didapati di Stor Flagship Oppo di The Gardens Mall, Kuala Lumpur pada hari Sabtu ini, 30 November 2019. Selagi stok masih ada. Jadi harus cepat pergi ke sana untuk mendapatkannya jika anda benar-benar berminat membelinya.

Ini tawaran yang istimewa kerana harganya cuma RM200 lebih mahal dari Reno 10x Zoom edisi biasa tetapi menerima hadiah percuma bernilai RM1,197 serta telefon edisi khas FC Barcelona yang sungguh unik.

Spesifikasi Reno 10x Zoom FC Barcelona adalah sama dengan Reno 10x Zoom biasa. Ia dikuasakan pemproses Snadpragon 855, bersama RAM 8GB dan storan dalaman 256GB. Skrinnya berukuran 6.6-inci FHD+ dari jenis AMOLED, tanpa takuk dan lubang serta pengimbas capjari terdapat di dalam skrin.

Kemasan belakang Reno 10x Zoom FC Barcelona menampilkan warna merah dan biru yang unik, bersama logo FC Barcelona kabur sebagai latar dan logo emas di bawahnya. Di dalam, ia dilengkapi tema FC Barcelona seperti wallpaper, kunci skrin, ikon serta ringtone.

Kenali Reno 10x Zoom dengan lebih lanjut menerusi video kami di bawah ini

BACA  Pengecasan 40W Pendekkan Hayat Bateri 3 Kali Lebih Pantas Daripada Pengecasan 15W