• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Luno, pasaran mata wang kripto pertama diluluskan di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 12:17 pm
  • 27/11/2019
  • Komen
Luno, pasaran mata wang kripto pertama diluluskan di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Luno adalah sebuah platform pertukaran mata wang kripto yang pertama mendapat kelulusan penuh daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia. Ia kini secara rasmi menawarkan akses kepada warga Malaysia ke untuk pengguna menguruskan aset mata wang kripto melalui platform yang diluluskan.

Sebenarnya, Luno telah beroperasi di Malaysia sejak tahun 2015 dan menjadi platform pertukaran aset digital terbesar di negara ini pada tahun 2017. Operasinya sedikit terbantut apabila akaun Luno dibekukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN) pada Januari 2018.



Luno memberi kerjasama sepenuhnya dengan siasatan tersebut dan seterusnya membantu pengawal selia dalam membentuk rangka undang-undang peraturan mata wang kripto di Malaysia. Selepas pelancaran semula di Malaysia pada bulan Oktober 2019, lebih daripada RM 2.5 juta aset digital telah didagangkan dalam tempoh 10 hari pertama.

Marcus Swanepoel, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Luno, berkata: “Kini, kami sedang memerhatikan sebuah revolusi dalam perkhidmatan kewangan global dengan penggunaan mata wang kripto tetapi perubahan ini tidak akan berlaku dalam masa yang singkat. Badan pengawal selia seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah menunjukkan kepimpinan dalam sektor ini dan mula mengadaptasikan aset digital baru dan teknologi blockchain. Mereka telah memberi peluang kepada pelabur, peniaga dan individu di negara ini untuk memaksimumkan faedah sistem kewangan baru ini.”



“Malaysia sebagai pasaran yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam penggunaan mata wang kripto dan telah lama mengetahui pentingnya aset digital dalam ekonomi global masakini. Dengan bekerjasama bersama pelanggan, kami akan memastikan mereka boleh membeli, menjual dan menyimpan Bitcoin dan Ethereum dengan selamat, dan juga apa-apa aset digital yang akan diluluskan oleh SC pada masa hadapan. Pada masa ini, banyak aset digital digunakan untuk spekulasi tetapi apabila nilai aset digital ini kian berkembang, ia akan memankain peranan penting dalam dunia perniagaan,” kata Encik Swanepoel.

Platform Luno kini boleh digunakan oleh semua warga Malaysia. Ia boleh diakses menerusi laman web www.luno.com serta aplikasi mudah alih. Perlu diingatkan, Luno bukanlah penyedia mata wang kripto tetapi hanyalah sebuah platform yang membolehkan pengguna untuk menjual, membeli atau menyimpan mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum.

Tags: bitcoinethereum
Najib

Najib

POPULAR

Luno, pasaran mata wang kripto pertama diluluskan di Malaysia

Luno, pasaran mata wang kripto pertama diluluskan di Malaysia

27 November 2019
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

10 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN