fbpx

Realme X2 Pro Mungkin Berharga Sekitar RM2,300 Atas Sebab Ini

Setiap kali berita berkaitan Realme diutuskan kami, pasti ada akan bertanyakan perihal Realme X2 Pro, flagship paling premium dariapda jenama kesayangan mereka. Untuk pasaran Malaysia, kita sudahpun ada tarikh pelancaran Realme X2 Pro iaitu pada 2 Disember 2019, maklumat yang tiada ialah harganya.

Tapi jika kita boleh intai pasaran Indonesia, Realme X2 Pro sudahpun dilancarkan dan akan mula dijual pada 7 Disember 2019 ini pada harga IDR 7,799,999 9 ~(RM2,308). Sekiranya kita lihat produk mereka yang lampau, harga pasaran Indonesia tak jauh bezanya dengan pasaran Malaysia.

Harga Realme X2 Pro di Indonesia (sumber)

Kita ambil contoh Realme 5 Pro yang diumumkan di sana pada dalam bulan September 2019. Model RAM 8GB + Storan 128GB dijual pada harga IDR 3,7 juta (~RM1,099). Sebulan kemudian, telefon yang sama mula dijual di Malaysia pada harga yang sama.

Berikut adalah berbandingan harga pelancaran tiga model telefon Realme yang ada di Indonesia dan Malaysia:

  • Realme 5 Pro (8GB+128GB) – ~RM1,099 vs RM 1099
  • Realme 5 (3GB + 32GB) – ~RM589 vs RM599
  • Realme 5 (4GB + 128GB) – ~RM799 vs RM799
BACA  Realme X2 Pro akan datang atau tidak ke Malaysia?