• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Ini Ialah 6 APP Terbaik 2019 Menurut Apple

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:14 pm
  • 03/12/2019
  • Komen
Ini Ialah 6 APP Terbaik 2019 Menurut Apple
Share on FacebookShare on Twitter

Apple hari ini telah mengumumkan senarai APP dan permainan terbaik dalam iTunes untuk tahun 2019. Ia merangkumi semua produk Apple iaitu iPhone, iPad, Mac, dan sebagainya. Berikut ialah senaria pemenangnya.

iPhone

Spectre Camera

APP ini memberikan keupayaan long exposure pada kamera iPhone anda. Walaupun kamera stock ada fungsi malam, tapi jika anda inginkan gambar seperti air mengalir selembut kapas, anda perlu gunakan aplikasi pihak ketiga seperti Spectre Camera.



Ia menggunakan teknologi AI dan sangat beroleh manfaat daripada cip AI yang terbina pada SoC yang menguasakan iPhone XR dan keatas.

Sky: Children of the Light

Permainan ini adalah hasil tangan pembangun yang membawakan permaianan Journey yang pernah memenangi anugerah Game of The Year 2013. Masih mengekalkan genre pengembaraan, pemain perlu menelusuri 7 dunia dimensi berbeza untuk merungkaikan misteri.



Yang mengagumkan adalah pada grafiknya yang menawan disamping jalan cerita yang teliti. Tambah menari, anda boleh muat turunnya secara percuma.

iPad

Hyper Light Drifter

Dengan gaya grafik piksel dalam genre hack ‘n slash, Hyper Light Drifter bawakan sesuatu yang segar pada ekosistem iPad yang rata-rata menumpukan pada grafik sarat 3D. Sekiranya anda sukakan permainan aksi bergaya seperti Devil May Cry dan Dead Cells, anda pasti takkan menyesal membeli permainan ini.

Flow by Moleskine

APP produktiviti ini agak unik. Nampak seperti kanvas kosong untuk anda conteng, tapi ia ada ruang menulis tanpa had dari kiri ke kanan, bukan bermuka-buka seperti APP yang lain. Anda boleh pilih beberapa jenis pen dan jenis kertas untuk menconteng.

Mac

GRIS

Permainan genre platformer ini juga bawakan gaya grafik pixellated seperti Hyper Light Drifter. Anda mengemudi karakter yang bergerak daripada kiri ke kanan sambil memperoleh keupayaan baru untuk bantu anda sampai ke peringkat yang seterusnya. Yang menarik tentang permainan ini adalah muzik latar yang melengkapinya.

https://www.youtube.com/watch?v=YFjh7wzTfxM

Affinity Publisher

Ini adalah aplikasi yang boleh anda gunakan jika anda ingin hasilkan buku, pamplet, poster, dan sebagainya. Dalamnya ada pelbagai jenis templat yang boleh digunakan. Maka, anda tak perlu jadi professional untuk hasilkan produk segaya professional.

Tags: iOSipadiphoneiTunesmacos
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Ini Ialah 6 APP Terbaik 2019 Menurut Apple

Ini Ialah 6 APP Terbaik 2019 Menurut Apple

3 December 2019
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026
Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

22 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN