• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Amazon

Amazon kenakan cukai 6% kepada pengguna AWS di Malaysia bermula tahun depan

  • OLEH Najib
  • 2:19 pm
  • 10/12/2019
  • Komen
Amazon kenakan cukai 6% kepada pengguna AWS di Malaysia bermula tahun depan
Share on FacebookShare on Twitter

Nama Amazon mungkin tidak sepopular Alibaba atau Wechat di Malaysia, tetapi ia merupakan salah satu gergasi teknologi di dunia. Amazon kini telah menghantar notis kepada pengguna Amazon Web Services (AWS) di Malaysia di mana mereka akan mula mengenakan cukai perkhidmatan 6% kepada pelanggan AWS bermula 1 Januari 2020.

Langkah ini diambil sejajar dengan pengumuman Menteri Kewangan semasa pembentangan Belanjawan 2020 di mana semua perkhidmatan digital akan dikenakan cukai perkhidmatan. Perkara yang sama telah diumumkan Google minggu lepas untuk pelanggan G Suite.



Penyedia perkhidmatan perkomputeran awan ini telah menghantar notis kepada pelanggan yang mendaftar alamat di Malaysia awal pagi ini. Menurut AWS, cukai baru ini memerlukan AWS mengenakan caj cukai perkhidmatan kepada semua pelanggan dan invois cukai baru akan dikeluarkan bermula tahun depan. Perkara ini akan memberi kesan kepada AWS Cloud Services serta pembelian di AWS Marketplace.

Jika anda tidak serharusnya memiliki alamat di Malaysia, AWS menasihatkan pengguna untuk mengemaskini butir akaun mereka di dalam Billing Address dan Contact Address di dalam konsol AWS Billing. Dengan peraturan cukai perkhidmatan semasa, pengguna perlu menguruskan sendiri cukai perkhidmatan 6% tetapi bermula 1 Januari, ia akan diuruskan oleh AWS menerusi caj di dalam bil dan AWS akan membuat bayaran kepada kerajaan.



Buat masa ini, notis berkaitan cukai digital hanya diumumkan buat pengguna perniagaan. Cukai digital 6% yang diumumkan kerajaan meliputi segala perkhidmatan digital seperti strim video dan muzik, pembelian applikasi dan games dalam talian serta pengiklanan dalam talian. Antara penyedia perkhidmatan yang dijangka akan mengenakan cukai 6% kepada pelanggan adalah seperti Netflix, Spotify, Steam, Apple, Google dan banyak lagi.

Sumber: SoyaCincau

Tags: amazonAWSCukai Digital
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa susah nak nampak telefon ini di luar sana? | Samsung Galaxy S22 Ultra

Kenapa susah nak nampak telefon ini di luar sana? | Samsung Galaxy S22 Ultra

20 Mei 2022
Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022
Tonton Astro percuma 30-hari? Memang betul, percuma 60-hari pun boleh

Tonton Astro percuma 30-hari? Memang betul, percuma 60-hari pun boleh

28 April 2022
Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Apakah perlindungan ampuh untuk data peribadi anda? Sebuah NAS Synology

Apakah perlindungan ampuh untuk data peribadi anda? Sebuah NAS Synology

19 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER