Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Touch ‘n Go eWallet Kini Boleh Digunakan Untuk Bayar Parking Di 5 Kawasan PBT

Membayar tempat letak kereta jadi lebih mudah jika boleh dibuat terus melalui telefon. Tapi ia jadi susah kerana lain PBT, lain APP yang digunakan. Di Touch ‘n Go eWallet, anda boleh gunakannya untuk buat bayaran tempat letak kereta untuk 5 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berikut iaitu:

  • Majlis Bandaraya Kuala Lumpur
  • Majlis Perbandaran Kota Bharu
  • Majlis Bandaraya Subang Jaya
  • Majlis Daerah Kuala Langat
  • Perbadanan Putrajaya

Bermula sekarang hingga 31 Disember 2019 ini, anda yang menggunakan fungsi ini akan menerima pulangan tunai sehingga RM3 untuk untuk transaksi pertama.

Ada juga cabutan bertuah akan dijalankan sehingga 22 Disember 2019. Jika anda menggunakan ciri ini sekurang-kurangnya dua kali dalam tempoh seminggu, anda berpeluang untuk menangi dua tiket TGV Premier untuk dikongsikan dengan rakan anda.

Sebanyak 20 pemenang akan diumumkan setiap minggu dan akan diumumkan di laman rasmi mereka serta saluran media sosial.

Selain Touch ‘n Go eWallet, Boost eWallet pun ada fungsi membayar tempat letak kereta tapi kawasan cakupannya lebih luas. Kawasan yang diliputi servis Boost adalah:

  • Majlis Bandaraya Kuala Lumpur
  • Majlis Perbandaran Kota Bharu
  • Majlis Daerah Tanah Merah
  • Majlis Daerah Cameron Highland
  • Majlis Bandaraya Iskadar Puteri
  • Majlis Bandaraya Petaling Jaya
BACA  Kerajaan Tangguh Keperluan Bayaran Balik PTPTN Sehingga Jun 2020