• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo, Oppo dan Xiaomi bekerjasama cipta teknologi penghantaran fail seperti Airdrop

  • OLEH Najib
  • 12:06 pm
  • 03/01/2020
  • Komen
Vivo, Oppo dan Xiaomi bekerjasama cipta teknologi penghantaran fail seperti Airdrop
Share on FacebookShare on Twitter

Tiga syarikat gergasi pengeluar telefon pintar dari China iaitu Vivo, Oppo dan Xiaomi telah mengumumkan kerjasama untuk mencipta satu inovasi baru dalam sistem penghantaran fail wayarles. Gabungan kerjasama ini diberikan nama “Peer-to-Peer Transmission Alliance”, akan membolehkan penghantaran fail antara peranti pelbagai jenama menjadi mudah dengan hanya satu klik, seperti Apple Airdrop.

Inovasi ini dicipta untuk memudahkan pengguna menghantar fail di antara peranti tiga jenama ini tanpa memerlukan aplikasi pihak ketiga atau talian internet. Malah, ia menyokong pelbagai jenis fail seperti gambar, video, lagu, dokumen dan sebagainya. Ia juga sebagai langkah awal untuk berhadapan dengan ketibaan 5G di mana saiz purata fail dijangka menjadi lebih besar dengan kedatangan lebih banyak kandungan yang pelbagai.



Dengan teknologi ini, pengguna tidak memerlukan sambungan internet untuk menghantar fail. Ia menggunakan fungsi Bluetooth untuk berpasangan dan Wifi P2P bagi penghantaran data. Ini membolehkan perhubungan menjadi lebih pantas, stabil dan berkelajuan tinggi di antara peranti, serta rendah penggunaan tenaga. Ia akan membawakan kelajuan purata sekitar 20Mbps. Malah, teknologi WiFi P2P tidak mengganggu sambungan WiFi peranti, pengguna akan terus bersambung ke WiFi sambil menghantar fail kepada pengguna lain.

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu mengaktifkan Bluetooth dan WiFi di peranti, atau mengaktifkan fungsi tersebut di bawah menu, kemudian memilih fail yang mahu dikongsi. Jika pihak lain juga mengaktifkan fungsi ini, satu ikon akan muncul di skrin dan memberitahu pengguna. Selepas disahkan, fail yang dipilih akan mula dihantar.



Apple Airdrop

“Peer-to-Peer Transmission Alliance” adalah langkah pertama di antara Vivo, Oppo dan Xiaomi untuk memacu teknologi masa depan bagi memberikan pengalaman lebih baik kepada pengguna. Ketiga-tiga syarikat ini komited untuk bekerjasama dalam teknologi baru lain di masa hadapan. Mereka juga mengalu-alukan syarikat lain untuk turut menyertai kerjasama bagi meluaskan ekosistem ini di masa hadapan.

Menurut Vivo, fungsi ini akan mula dimuatkan ke dalam peranti Vivo bermula Februari 2020.

Tags: oppoPeer-to-Peer Transmission Alliancevivoxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Vivo, Oppo dan Xiaomi bekerjasama cipta teknologi penghantaran fail seperti Airdrop

Vivo, Oppo dan Xiaomi bekerjasama cipta teknologi penghantaran fail seperti Airdrop

3 January 2020
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN