Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Celcom dan Maxis berjaya dalam ujian perkongsian 5G

Celcom Axiata Bhd (Celcom) dan Maxis Berhad (Maxis) baru-baru ini telah berjaya menjalankan ujian 5G Multi Operator Core Network (MOCN), yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara. Ujian itu telah dijalankan pada Disember 2019 di tapak 5G Maxis di Seaview Hotel, Kuah dan tapak 5G Celcom di The Westin Langkawi Resort & Spa.

Dalam ujian ini, pengguna Maxis dan Celcom di lokasi terbabit, dapat mengakses rangkaian 5G yang dihoskan oleh kedua-dua syarikat telekomunikasi, seperti berada di rangkaian asal mereka. Ia berjaya mencapai kelajuan puncak melebihi 1.1Gbps.

MOCN merupakan mekanisme Perkongsian Rangkaian Radio (RAN) yang membolehkan dua rangkaian teras berlainan untuk berkongsi RAN yang sama. Pendek kata, pengguna Celcom boleh bersambung ke rangkaian 5G Maxis dan pengguna Maxis juga dapat berbuat yang sama di rangkaian 5G Celcom.

Dengan menggunakan MOCN, Celcom dan Maxis dapat meluaskan liputan 5G di tapak sedia-ada dengan lebih cepat, seterusnya menunjukkan kebolehlaksanaan perkongsian infrastruktur 5G apabila spektrum diperuntukkan untuk kegunaan komersil kelak. Pencapaian ini mencerminkan komitmen kedua-dua syarikat telekomunikasi dalam merealisasikan pengalaman yang lancar dalam perkongsian aktif infrastruktur 5G.

Ia juga menunjukkan keupayaan pelaksanaan serta ketangkasan kedua-dua pihak dalam menyahut kemajuan teknologi untuk pembangunan ekosistem digital negara. Celcom dan Maxis juga akan menjalankan percubaan perkongsian aktif RAN menggunakan rangkaian 5G Standalone (5G SA) pada Suku Pertama 2020 akan datang.

Idham Nawawi

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif, Celcom berkata, “Pencapaian yang memuaskan bagi tahap awal percubaan 5G MOCN kami ini menunjukkan dayamaju untuk kos yang lebih efisien dalam penggunaan 5G di Malaysia. Selaras dengan pengumuman spektrum oleh SKMM untuk 5G, kami bertekad untuk bekerjasama bagi prosedur terbaik untuk membina rangkaian 5G berkos rendah sambil mengelakkan duplikasi infrastruktur di samping terus menambahbaik rangkaian 4G. Ini akan memberi pengguna dan perniagaan pengalaman 5G yang lebih bernilai. Kerjasama dan inovasi antara perniagaan dengan teknologi 5G merupakan faktor kejayaan utama dalam pembangunan ekosistem digital negara dalam era IR 4.0.”

BACA  Perutusan khas 'Kita Prihatin' petang ini, akan menyentuh bantuan terus kepada rakyat?
Gokhan Ogut

Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis pula berkongsi, “Kami amat gembira dengan keputusan percubaan ini dan akan terus meningkatkan usaha kami dalam menyegerakan pelan pelaksanaan 5G. Kami amat teruja untuk menuai faedah perkongsian rangkaian yang membolehkan lebih banyak pelaburan untuk perkhidmatan demi pelanggan. 5G akan memainkan peranan penting dalam menyediakan platform teknologi untuk perniagaan yang lebih cekap dan inovatif, justeru membantu pembinaan ekonomi digital yang lebih berdaya saing.”

Percubaan yang berjaya ini adalah hasil dari Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani antara Celcom dan Maxis pada 25 November 2019 untuk menerokai perkongsian aktif 5G RAN pertama di Malaysia.