Pulang Raya Cina? Ini Cadangan Waktu Perjalanan Daripada PLUS

Seperti biasa, musim perayaan adalah tempoh waktu apabila lebuh-lebuh raya utama negara sesak teruk dek pertambahan kenderaan yang balik kampung. Cuti Tahun Baru Cina akan berlangsung 25 dan 26 Januari ini adalah perayaan besar pertama untuk tahun 2020. Untuk itu, PLUS telah terbitkan jadual cadangan perjalanan untuk tempoh 20 Januari hingga 2 Februari bagi meminimumkan kesesakan jalan raya.

Sekiranya anda keluar daripada Lembah Klang dan menuju ke Perlis, Kedah, Perak, dan Johor, anda disarankan untuk mulakan perjalanan sebelum 9 pagi. Untuk ke negeri-negeri lain, anda bolehlah bergerak selepas 12 tengah hari.

Hal yang sama juga dicadangkan untuk perjalanan masuk ke Lembah Klang. PLUS menyarankan anda yang bergerak daripada Perlis, Kedah, Pulau, Pinang, utara Perak, dan Johor, anda sangat disarankan untuk bergerak sebelum 9 pagi.

Jangan lupa isi kad Touch n Go di lokasi terpilih

Berdasarkan analisis PLUS, mereka menjangkakan tempoh perjalanan pengguna mereka akan meningkat sekurang-kurangnya 30% jika jadual ini tidak dituruti. Kemudian, sebanyak 1.7 juta kenderaan dianggarkan bakal menelusuri lebuh raya kelolaan mereka.

Seperti biasa, selain menuruti cadangan perjalanan yang dikeluarkan PLUS, anda juga bolehlah mula menyelenggara kenderaan masing-masing sebelum mulakan perjalanan jauh. Paling penting, jangan lupa untuk tambah nilai kad Touch ‘n Go jika tak mahu tersekat di plaza tol.

BACA  Berjual beli di Carousell kini lebih selamat dengan sistem perlindungan Carousell Protection