Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Generasi keempat fon kepala ANC terbaik SONY dikesan di Malaysia

Jika anda mencari fon kepala dengan teknologi penyaring bunyi hingar aktif (Active Noise Cancellation, ANC), pasti anda akan terjumpa nama Sony WH1000. Ia merupakan sebuah fon kepala ANC yang digemari ramai dan boleh dibeli di Malaysia sekitar RM1,000.

Generasi ketiga fon kepala Sony WH1000 telah dilancarkan di Malaysia pada Oktober 2019. Kini timbul pula berita tentang model generasi ke-4 apabila ia telah ditemui dalam senarai pengesahan SIRIM.

Sony WH-1000XM4 telah menerima pengesahan SIRIM pada 22 Januari 2020 untuk digunakan di Malaysia. Ia dilihat model sama yang turut menerima pensijilan FCC di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada maklumat berkenaan generasi keempat fon kepala Sony ini. Senarai di SIRIM dan FCC juga tidak memberi maklumat baru berkenaan fon kepala ini. Antara harapan ramai pengguna untuk fungsi baru di fon kepala ini ialah pengecasan wayarles dan bateri yang tahan lebih lama.

Fon kepala Sony WH-1000XM3 telah dilancarkan di Malaysia tahun lepas dengan harga RM1,599. Ia datang dengan fungsi ANC bersama hayat bateri sehingga 30 jam. Malah, dengan mengecas selama 10 minit memberikan masa penggunaan sehingga 5 jam.

Dengan pelbagai promosi hujung tahun lepas serta musim perayaan ini, Sony WH-1000XM3 dilihat boleh dibeli di Malaysia pada harga kurang dari RM900. Jika anda lebih gemarkan fon kepala kecil jenis TWS, Sony juga ada menghasilkannya dengan nama WF-1000XM3 yang boleh dibeli sekitar RM700.

Sumber: SoyaCincau

BACA  Oppo Reno 4 Pro & Reno 4: Maklumat penjualannya di Malaysia