Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

iPhone 11 telefon dwi-kamera kedua terbaik selepas Pixel 4

Dilancarkan pada September 2019, kini DxOMark telah mengeluarkan laporan mereka berkenaan kamera di telefon pintar bajet Apple, iPhone 11. Telefon ini menggantikan kedudukan iPhone XR tetapi dilengkapi dua kamera belakang.

DxOMark memberikan markah sebanyak 109 kepada kamera iPhone 11, 3 markah di bawah Pixel 4 menjadikan iPhone 11 sebagai telefon kedua terbaik yang memiliki dwi-kamera belakang.

Kamera utama di iPhone 11 ialah kamera 12MP F1.8 dengan saiz sensor sebesar 1/2.55-inci bersama dwi-piksel autofokus. Kamera kedua pula ialah kamera ultra lebar 12MP. Kamera di belakang ini boleh merakam video sehingga 4K 60fps.

Ujian DxOMark membahagikan markah antara foto dan video. Bagi foto, iPhone 11 menerima 112 markah manakala di video, ia mendapat 109 markah. Markah video iPhone 11 ini hanya kurang 1 markah dari iPhone 11 Pro Max, menandakan ia boleh merakam video dengan kualiti menyamai iPhone 11 Pro Max.

Dalam situasi biasa seperti di luar bangunan dengan tahap kecerahan yang baik, iPhone 11 boleh menghasilkan gambar berkualiti setaraf iPhone 11 Pro Max dengan pendedahan yang tepat, julat warna yang luas, serta ketajaman gambar di tahap sangat memuaskan.

Kelemahan utamanya berbanding telefon flagship lain ialah ketiadaan lensa telefoto. Ini menjadikan kualiti gambar zumnya jatuh menjunam. Selain itu, ketiadaan lensa telefoto turut menjejaskan kualiti gambar potret atau bokeh.

Kualiti gambar dalam suasana malap dan gelap juga sangat memuaskan. Dalam mod aut flash, ia boleh mengesan muka manusia dan melimpahkan cahaya yang mencukupi untuk memastikan gambar muka yang cerah.

Markah foto paling banyak ditolak kerana hingar dan artifak yang jelas menjejaskan gambar. Cahaya silau di belakang sering terjadi sekaligus menghilangkan ketajaman gambar. Malah warna langit yang tidak semulajadi kerana sukar membezakan putih dan biru, juga mengurangkan markahnya.

Di bahagian video, Apple memang sukar ditandingi mana-mana peranti Android. Menggunakan iPhone 11 sahaja sudah mencukupi untuk merakam video yang lebih baik, bersama keupayaan rakaman bunyi stereo.

BACA  Apple Watch SE ganti tempat series 5 dengan harga lebih murah

Laporan penuh berkenaan iPhone 11 oleh DxOMark ini boleh dibaca di sini. Adakah ini dapat membantu anda membuat keputusan untuk membeli iPhone 11 kelas flagship permulaan atau telefon Android flagship premium yang memiliki harga hampir serupa?

Sumber: DxOMark