Perisian Antivirus Percuma Ini Jual Data Anda Kepada Pihak Ketiga

Harapkan pegar, pegar makan padi. Sekiranya anda gunakan mana-mana perisian antivirus percuma, ketahuilah mereka perlu lakukan sesuatu untuk menjana pendapatan dan “sesuatu” itu mungkin adalah mengeksploitasi data. Itulah yang dikesan berlaku pada perisian antivirus terkenal, Avast.

Bagaimana mereka menuai data?

Ini adalah pedang bermata dua. Memang Avast memang ada menyediakan perlindungan daripada virus kepada anda, tapi untuk berbuat demikian, mereka perlu diberikan akses kepada aktiviti yang berjalan dalam komputer anda.

Menurut polisi EULA mereka, Avast akan berjalan di bahagian latar sistem operasi menganalisis macam-macam maklumat dan sudah tentu ia mengandungi data-data sensitif.

Petikan EULA Avast

Kepada siapa Avast jual data anda?

Syarikat pembangun produk ini dilaporkan menjual data sensitif anda kepada pihak ketiga untuk tujuan analisis. Syarikat yang dimaksudkan ialah Jumpshot dan ia menerima pelbagai data yang dituai oleh Avast seperti:

  • Frasa carian di enjin pencari
  • Setiap klik
  • Setiap pembelian anda di mana-mana laman web

Seperti yang termaktub dalam Polisi Kerahsiaan Avast, anda telah membenarkan data anda untuk digunakan pihak Jumpshot untuk gunakan data yang diperoleh mereka daripada Avast untuk tujuan tertentu.

Jumpshot adalah syarikat yang sediakan produk analitik yang digunakan banyak jenama-jenama besar untuk mengkaji keadaan pasaran. Contohnya, kasut apa yang popular sekarang ataupun artis mana yang “top”.

Antara klien-klien Jumpshot ialah seperti:

  • Google,
  • IBM,
  • Intel,
  • Kimberly-Clark,
  • Microsoft,
  • Nestle PURINA,
  • Revlon,
  • Tripadvisor,
  • Unilever,
  • Yelp,

dan banyak lagi.

Pendek kata, mereka menggunakan data-data ini untuk mengenal pasti trend semasa supaya produk-produk yang mereka akan hasilkan laku keras sebab kena dengan trend era tersebut.

Ada antara syarikat ini yang membayar  sehingga USD 2.275 (RM 9.29 juta) juta untuk mengakses data-data ini.

BACA  Qualcomm Berbangga Dengan Video 8K Snapdragon 865, Tapi Bolehkah Anda Bezakan Kualitinya?
Petikan Polisi Kerahsiaan Avast

Tapi tentu anda nak sangkal sebab dalam polisi tersebut, ada tertulis “On the basis of your consent” dengan tulisan yang di-bold-kan lagi. Anda akan cakap, bila masa saya benarkan Avast gunakan data saya?

Semasa anda nak Install Avast, inilah paparan yang pertama dihidangkan pada anda.

Kalau anda tak perasan, kita zum lagi.

Anda tak perlu katakan “Ya” secara harfiah, tapi inilah taktik yang digunakan banyak organisasi untuk menghalalkan kegiatan mereka.

Sumber: Vice