Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

HMD tidak mahu ulangi kesilapan lima kamera di Nokia 9 Pureview

Nama Pureview telah sinonim dengan peminat Nokia sebagai sebuah telefon pintar dengan keupayaan kamera yang hebat. Tetapi Nokia 9 Pureview yang dilancarkan tahun lepas datang bersama banyak masalah menjadikan pengguna menjauhinya.

Nokia 9 Pureview dilancarkan dengan lima kamera belakang, pertama seumpamanya di telefon pintar. Tetapi ia dipasang pemproses Snapdragon 845, di waktu pengeluar lain telah pun melancarkan peranti berkuasa Snapdragon 855. Nasib malang Nokia 9 Pureview tidak terhenti setakat itu, pengguna berhadapan banyak masalah dengan kamera seperti terlalu perlahan mengambil gambar selain selalu hang dan tidak boleh digunakan.

Mungkin tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi menggunung seperti tahun lepas, HMD Global tahun ini dikatakan akan melancarkan telefon pintar flagship yang lebih mirip Nokia 8. Telefon baru ini tidak akan menggunakan lagi Teknologi Light yang menggabungkan tangkapan lima kamera menjadi satu gambar. Telefon berkuasa tinggi dengan gandingan kamera ‘biasa’ yang hebat.

Model baru ini akan diberi nama Nokia 9.2. Mungkin agak pelik kerana Nokia tidak pernah melancarkan Nokia 9.1. Ini kerana Nokia dikhabarkan pernah merancang untuk melancarkan Nokia 9.1 dengan kuasa Snapdragon 855, tetapi ia seperti sudah dibatalkan. Jadi fokus baru diberikan untuk menghasilkan nokia 9.2 dengan kuasa terbaru Snapdragon 865.

Khabar angin sepoi-sepoi bahasa mengatakan, Nokia 9.2 PureView akan tampil dengan harga sekitar EUR600 (~RM2,694), skrin berbingkai lebih nipis dan kamera 48MP. Ia turut akan disertakan pengecasan wayarles dan mengekalkan jek audio 3.5mm. Bagaimana pula dengan Zeiss, masihkah Nokia bekerjasama dengan mereka?

Tetapi Nokia 9.2 tidak akan bertemu peminat dalam masa terdekat, tidak semasa pameran MWC barcelona yang akan berlangsung bulan depan. Dijangkakan ia akan dilancarkan pada pertengahan kedua 2020, seawal bulan Jun.

BACA  Bantuan RM50 e-wallet akan diberikan pada hujung bulan Julai

Adakah kali ini HMD Global dapat mengembalikan keyakinan peminat dengan nama Pureview? Harapnya mereka tidak terlalu lambat untuk melancarkannya sebelum lebih ramai orang telah sedia memiliki peranti baru tahun ini.

Sumber: GizChina, Android Authority