Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Anda Masuk Wad Kerana Disyaki Covid-19? Tuntut Sehingga RM700 Tunai Daripada Kerajaan

Penularan Covid-19 semakin parah di China. Di Malaysia, kes demi kes dilaporkan dengan ratusan yang lain diletakkan bawah berjaga-jaga. Tapi, tahukah yang anda boleh terima wang tunai sehingga RM700 jika anda dimasukkan ke dalam wad walaupun belum sah anda dijangkiti Covid-19.

Di bawah program mySalam, anda boleh lakukan tuntutan sebanyak RM50 sehari sehingga RM700/tahun bila anda masuk wad mana-mana hospital kerajaan, hospital universiti, ataupun hospital tentera yang tersenarai.

Senarai manfaat mySalam mengikut penerima

Bagusnya program mySalam ini adalah, pada tahun 2020, kerajaan telah merendahkan syarat penerima manfaat mySalam. Jika tahun 2019, ia cuma ditawarkan kepada penerima BSH B40, tahun ini golongan M40 yang miliki pendapatan kasar tahunan kurang daripada RM100,000. Maka, anda boleh jangkakan lebih ramai akan terima manfaat mySalam.

Kalau anda perasan, syarat yang digariskan ini adalah syarat yang sama untuk penerima e-Tunai Rakyat.

Bukan saja anda boleh tuntu RM50 elaun hospital, jika anda didiagnos terkena salah satu daripada 46 penyakit yang tersenarai, anda boleh terima sehingga RM8,000 secara one-off daripada kerajaan.

46 penyakit kronik yang layak terima manfaat mySalam

Jika anda rasakan layak untuk terima mySalam, anda boleh lakukan pendaftaran di laman rasmi inisiatif mySalam.

BACA  KKM Kesal, Ada Pesakit COVID-19 Tak Jujur Dan Sebabkan Jangkitan 37 Orang Lain Termasuk 5 Kematian