• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Laptop dan telefon pintar baru Honor ini akan datang ke Malaysia tidak lama lagi

  • OLEH Najib
  • 4:18 pm
  • 19/02/2020
  • Komen
Laptop dan telefon pintar baru Honor ini akan datang ke Malaysia tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Honor telah memaklumkan akan mengadakan satu majlis pada 24 Februari 2020 di Barcelona, walaupun acara MWC 2020 telah dibatalkan. Bertemakan “Intelligent Lifestyle“, Honor kini memaklumkan antara produk yang akan diperkenalkan ialah laptop Honor MagicBook dan Honor 9X Pro.

Kedua-dua produk baru ini dilihat akan turut dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Ini kerana Honor Malaysia telah berkongsi gambar yang memberi petunjuk tentang laptop dan telefon pintar baru Honor yang akan tiba.



Gambar pertama menunjukkan bayangan sebuah telefon pintar dengan modul kamera pop-up, yang dikuasakan cip Kirin 810 AI. Ini selari dengan maklumat awal tahun lepas, di mana Honor merancang untuk melancarkan Honor 9X Pro di pasaran antarabangsa pada suku pertama 2020.

Dalam pembentangan itu, ia menerangkan bahawa Honor 9X Pro akan dikuasakan cip Kirin 810 AI, bersama storan sehingga 256GB. Skrinnya berukuran 6.59-inci tanpa takuk dan lubang, serta badan belakang menggunakan kemasan berbentuk X.



Terdapat tiga kamera di belakang Honor 9X Pro dan ia akan menggunakan kamera hadapan yang boleh disimpan menggunakan modul pop-up.

Gambar kedua yang dikongsikan oleh Honor Malaysia menunjukkan sebuah laptop dengan bergambar bateri dan kilat, menunjukkan sokongan pengecasan pantas. Honor melancarkan laptop MagicBook tahun lepas, dengan pengecasan pantas USB-C berkuasa 65W. Ia boleh mengisi bateri dari 0 ke 46% dalam masa 30 minit.

MagicBook diperkenal dalam dua saiz, 14-inci dan 15-inci dengan kuasa digerakkan oleh cip AMD Ryzen bersama grafik Radeon Vega. Antara tarikan unik di laptop ini ialah pengimbas capjari di butang kuas dan kamera web boleh sembunyi.

Sedikit sebanyak, Honor MagicBook dilihat agak serupa dengan laptop Huawei MateBook D 15. Ia juga dikuasakan cip AMD Ryzen dan grafik Radeon Vega, dengan harga jualan RM2,499 yang datang bersama kuasa AMD Ryzen 5 3500U, RAM 8GB serta storan gabungan SSD 256GB dan HDD 1TB.

Tags: honorHonor 9X ProHonor MagicBook
Najib

Najib

POPULAR

Laptop dan telefon pintar baru Honor ini akan datang ke Malaysia tidak lama lagi

Laptop dan telefon pintar baru Honor ini akan datang ke Malaysia tidak lama lagi

19 February 2020
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN