Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Huawei dan Honor tetap teruskan acara walau MWC 2020 batal

Penarikan diri banyak syarikat dari acara MWC 2020 di Barcelona, dilihat salah satu faktor utama pembatalan acara tersebut. Oppo, Realme dan Xiaomi yang mahu melancarkan produk baru mereka di Barcelona, turut terpaksa menangguhkan majlis tersebut.

Bagaimanapun, dua syarikat dilihat mahu meneruskan majlis mereka di Barcelona. Huawei dan rakan sekutu mereka Honor, mengumumkan akan tetap mengadakan acara pelancaran produk baru mereka di Barcelona.

Huawei pada awalnya merancang untuk mengadakan acara pada 23 Februari, sehari sebelum MWC 2020 bermula. Tetapi mereka kini mengubahnya ke 24 Februari dan mengadakannya dalam talian secara langsung menerusi strim.

Huawei tidak mendedahkan apakah produk baru yang akan diperkenalkan. Tetapi ramai yang menjangkakan mereka akan melancarkan telefon pintar dengan skrin boleh lipat generasi kedua, bagi menggantikan Huawei Mate X yang dilancarkan di MWC tahun lepas.

Honor pula, akan mengadakan majlis mereka pada 24 Februari di Barcelona, pukul 6.30 petang waktu tempatan. Tema majlis ini adalah “All-Scenario Intelligence“, yang dilihat berkait rapat dengan AI. Ini memberi petunjuk bahawa Honor mahu melancarkan beberapa produk berkaitan IoT.

Dari gambar yang dikongsikan, dapat dilihat antara produk yang akan ada ialah telefon pintar View 30 dan Honor 9X, laptop MagicBook dan beberapa aksesori lain. Ia mungkin menjadi pentas pelancaran View 30 Pro dan 9X Pro yang dijadualkan pelancarannya pada suku pertama 2020.

BACA  Huawei Matepad Pro bakal masuk Malaysia, jadi pencabar iPad Pro

Satu lagi peranti yang dijangka muncul ialah Honor 9X Lite. Petunjuk kedatangannya telah dikongsi oleh Presiden Honor, George Zhao baru-baru ini. Walaupun masih disekat Amerika Syarikat, 9x Lite dikhabarkan akan datang dengan Google Mobile Services (GMS) terbina di dalamnya.

Sumber: PhoneArena