• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Servis Penghantaran Makanan Antara Punca Malaysia Jadi Negara Paling Banyak Gunakan Plastik

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:31 am
  • 19/02/2020
  • Komen
Servis Penghantaran Makanan Antara Punca Malaysia Jadi Negara Paling Banyak Gunakan Plastik
Share on FacebookShare on Twitter

Tahukah anda yang 60% daripada bahan buangan plastik yang direkodkan mengalir ke laut berasal dariapada China, Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, dan Vietnam?

Jika keadaan ini berlanjutan, pengkaji menjangkakan yang berat sampah akan jauh lebih tinggi daripada berat populasi ikan menjelang 2050.



Lebih parah, negara kita Malaysia ialah penyumbang terbesar sampah plastik di rantau Asia. Kita mencatatkan penggunaan plastik per kapita sebanyak 16.8kg seorang di hadapan Thailand pada 15.5 kg.

GrabFood antara pemain servis penghantaran makanan terbesar Malaysia

Antara punca yang dikaitkan dengan masalah ini adalah pertumbuhan servis penghantaran makanan yang sangat pantas di samping amalan harian biasa yang lain. Itulah serba sedikit maklumat yang dikongsikan pihak World Wildlife Fund (WWF).



FoodPanda antara pemain servis penghantaran makanan terbesar Malaysia

Pihak WWF menyeru pihak-pihak yang berkaitan dalam Malaysia untuk memperkemas sistem kitar semula mereka dan pada masa yang sama berusaha ke arah pengurangan penggunaan bungkusan plastik.

Kelonggaran penguatkuasaan berkaitan pengurusan sisa di negara ini juga turut dilihat sebagai faktor penyumbang. Mana taknya, Malaysia pernah menghantar pulang 150 kontena yang berisi sampah pulang ke 13 lokasi yang kebanyakannya negara kaya seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, dan Kanada.

Ia selepas kerajaan China mengharamkan pengimportan sisa plastik masuk ke negara mereka atas kerisauan yang sama.

Tapi sebelum anda salahkan kerajaan, mereka sudahpun mula orak langkah untuk menangani masalah ini. Misalnya, DBKL dah haramkan penggunaan bekas polisterina sejak 2017. Johor pun mengikut langkah yang sama dalam tahun lepas.

Sumber: Reuters, Gambar Pemuka

Tags: malaysiasampahservis penghataran
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Servis Penghantaran Makanan Antara Punca Malaysia Jadi Negara Paling Banyak Gunakan Plastik

Servis Penghantaran Makanan Antara Punca Malaysia Jadi Negara Paling Banyak Gunakan Plastik

19 February 2020
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN