• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pemandu e-hailing merasa kecewa tidak disenarai penerima bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi

  • OLEH Najib
  • 9:45 pm
  • 27/02/2020
  • Komen
Pemandu e-hailing merasa kecewa tidak disenarai penerima bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi
Share on FacebookShare on Twitter

Petang tadi, Perdana Menteri Interim Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020, bagi memacu ekonomi negara yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19. Sektor pelancongan seperti pengangkutan dan penginapan paling banyak terjejas kerana wabak ini.

Salah satu perkara yang diumumkan dalam pakej rangsangan ini ialah bantuan one-off RM600 kepada pemandu teksi, bas persiaran, pemandu pelancong dan penarik beca yang berdaftar. Walaubagaimanapun, pemandu e-hailing tidak disebut sebagai penerima bantuan ini.



Rasa kecewa perkara ini diluahkan oleh Daryl Chong, Pengerusi Persatuan Pemandu Perkhidmatan E-Hailing Malaysia (Mehda). Beliau berpendapat bahawa pemadu e-hailing juga patut tergolong sebagai penerima bantuan khas ini, kerana mereka juga berkhidmat untuk pelancong dan penumpang lain di seluruh negara, sama seperti pemandu teksi.

Kecenderungan penumpang untuk tidak keluar jika tidak perlu kerana penularan wabak COVID-19, turut menjejaskan pendapatan pemandu e-hailing, sama seperti pemandu teksi. Sekiranya pemandu e-hailing tertakluk kepada peraturan yang sama dengan pemandu teksi untuk beroperasi, seperti mendapatkan lesen PSV dan menjalani pemeriksaan Puspakom, mereka tidak sepatutnya diketepikan apabila kerajaan menghulurkan bantuan kewangan kepada pemandu teksi.



Sehingga kini, terdapat kira-kira 100,000 pemandu e-hailing yang telah mendapat lesen PSV di seluruh negara. Mereka juga harus dipandang sama seperti pemandu teksi, pemandu pelancong, pemandu bas persiaran dan penarik beca berdaftar yang pendapatannya terjejas. Oleh itu, Mehda menggesa pihak kerajaan untuk menimbang semula keputusan ini dan memasukkan pemandu e- hailing dalam pakej rangsangan ekonomi.

Sumber: Mehda

Tags: COVID-19koronavirusPakej Rangsangan Ekonomi
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Pemandu e-hailing merasa kecewa tidak disenarai penerima bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi

Pemandu e-hailing merasa kecewa tidak disenarai penerima bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi

27 February 2020
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER