• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Airbnb kecualikan caj perkhidmatan bagi ringankan beban

  • OLEH Ghazali Alias
  • 7:48 pm
  • 11/03/2020
  • Komen
Airbnb kecualikan caj perkhidmatan bagi ringankan beban
Share on FacebookShare on Twitter

Airbnb telah melaksanakan pelarasan tambahan untuk dasar pembayaran baliknya ekoran wabak koronavirus sehingga 1 Jun 2020. Ia merupakan usaha untuk mengimbangi keperluan tuan rumah (hos) dan tetamu, ekoran wabak covid-19 yang memberi kesan terhadap industri pelancongan.

Dalam satu kenyataan Airbnb pada 10 Mac 2020, mereka memahami tuan rumah kehilangan pendapatan yang diperoleh daripada perkhidmatan penginapan. Tetamu pula kerugian atas perbelanjaan untuk merelalisasikan percutian mereka.



Untuk pelarasan polisi ini Airbnb memberikan pengecualian caj 3 peratus sehingga 1 Jun 2020 kepada hos untuk polisi pembatalan fleksibel. Ia diberikan kepada hos yang bersedia dan mampu menawarkan bayaran balik ke atas pembatalan tempahan. Airbnb juga memberi ganjaran dalam bentuk membantu promosi untuk hos yang memilih polisi pembatalan fleksibel.

Airbnb turut memberikan kemudahan menerusi opsyen tapisan kepada tetamu untuk mencari dan menempah pilihan penginapan yang mempunyai dasar pembatalan yang paling sesuai (Fleksibel, Sederhana atau Ketat).



Bagi tetamu yang perlu membatalkan tempahan dari 10 Mac hingga 1 Jun 2020 dan tidak menerima bayaran balik dari yuran perkhidmatan tetamu, pihak Airbnb akan mengembalikan 100% yuran itu sebagai kupon perjalanan. Kupon ini boleh digunakan untuk perjalanan akan datang.

Airbnb turut menjelaskan, sejak covid-19 menjadi semakin meluas, Airbnb telah memberikan bayaran balik sepenuhnya kepada orang yang melancong ke China, Korea Selatan dan Itali.

Selain tiga negara berkenaan, Airbnb turut menyenaraikan 10 lagi negara yang berisiko dengan wabak koronavirus. Ia sebagai rujukan dan panduan tetamu sebelum membuat tempahan sepanjang wabak ini menular.

Rasanya pelarasan tambahan ini umpama serampang dua mata Airbnb untuk terus meneruskan operasi ekoran wabak koronavirus dan pada masa sama menjaga kepentingan pelanggannya. Adakah anda rasa ia berbaloi?

Sumber: The Verge, Bloomberg, Airbnb

Tags: airbnbCOVID-19
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Airbnb kecualikan caj perkhidmatan bagi ringankan beban

Airbnb kecualikan caj perkhidmatan bagi ringankan beban

11 March 2020
Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

5 June 2026
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN