Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

TNG RFID Akan Mula Digunakan Di Semua Lebuhraya PLUS dan LPT2 Bermula 1 April 2020

TNG RFID Akan Mula Digunakan Di Semua Lebuhraya PLUS dan LPT2 Bermula 1 April 2020

Seperti yang diumukan lebih awal, akhirnya, RFID bakal diguna pakai di semua 83 plaza tol tertutup sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dan LPT2 bermula 1 April 2020.

Hal ini satu berita baik sebab sebelum ini, kebanyakkan tempat yang menyokong RFID letaknya dalam kawasan Lembah Klang dan ia Cuma memanfaatkan sebahagian pengguna. Implementiasi ini sudah tentu akan melancarkan perjalanan rakyat Malaysia terutamanya dalam musim perayaan contohnya Hari Raya Puasa tak lama lagi.

Menurut pihak PLUS, sebanyak 173 laluan RFID dengan 131 daripadanya khas untuk RFID akan disediakan. Untuk pengguna lain, sistem pembayaran menggunakan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG masih lagi disokong seperti biasa.

Antara manfaat RFID ini adalah tak perlu lagi berhenti di stesen minyak untuk menambah nilai baki kerana semuanya boleh dilakukan melalui APP TnG eWallet. Tambah nilai boleh dilakukan menggunakan perbankan dalam talian ataupun kad kredit.

Di mana nak dapatkan RFID?

Jika anda kerap menggunakan Lebuhraya Plus, ada 17 pusat pemasangan disediakan iaitu:

Lembah Klang/Tengah

  • Hentian Jejantas Sungai Buloh
  • R&R Serembah
  • R&R Ulu Bernam
  • R&R Tapah
  • R&R Gopeng

Selatan

  • Hentian Jejantas Ayer Keroh

Utara

  • R&R Gunung Semanggol
  • R&R Gurun

Timur

  • R&R Temerloh
  • R&R Gambang

Pusat pemasangan ini dibuka antara 10 pagi hingga 6 petang antara hari Jumaat hingga Ahad tapi untuk Sungai Buloh dan Seremban, mereka dibuka daripada Isnin hingga Ahad.

Bayaran RM35 akan dikenakan untuk setiap pemasangan tapi dalam waktu terhad, Shell ada tawarkan secara percuma dengan syarat-syarat tertentu.

BACA  Tebus RM50 ePenjana, semua yang anda perlu tahu