Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Pasang Touch n Go RFID percuma di Shell dan isi petrol guna RFID tidak lama lagi

Shell Malaysia dan Touch n Go hari ini bersetuju untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk melonjak penggunaan RFID di Malaysia. Ia bukan sahaja berkenaan pemasangan RFID di kenderaan, tetapi penggunaan RFID untuk membuat bayaran ketika mengisi petrol.

Minggu lepas, Touch n Go telah mengumumkan akan mengenakan caj RM35 kepada pemasangan baru RFID di kenderaan, bermula 15 Februari 2020. Di samping itu, mereka turut menyatakan untuk meluaskan lagi penggunaan RFID selain di plaza tol. Antaranya di restoran pandu-lalu, tempat meletak kenderaan, serta mengisi minyak di stesen petrol.

Dengan pengumuman hari ini, Shell Malaysia menjadi rakan Touch n Go yang pertama mahu melaksanakan penggunaan RFID di stesen petrol. Selain itu, Touch n Go turut mengumumkan promosi berkaitan RFID dengan kerjasama Shell.

Dari 15 Februari hingga 31 Mac 2020, orang ramai boleh mendapatkan tah RFID Touch n Go secara percuma di stesen Shell terpilih. Apa yang perlu dilakukan ialah, berbelanja sekurang-kurangnya RM50 menggunakan Touch n Go eWallet di stesel Shell tersebut dan layak untuk menerimanya. Sebanyak 10,000 tag RFID disediakan di dalam promosi ini.

Stesen minyak Shell yang terlibat dalam promosi ini ialah:

  1. Shell Wangsa Maju 2
  2. Shell Taman Connaught
  3. Shell STN Minyak Kota Warisan 1
  4. Shell PLUS Highway Jalan Duta Klang Bound (Entrance of NKVE Jalan Duta)
  5. Shell Desa Aman Puri
  6. Shell Jalan Kuchai Lama 2
  7. Shell Kota Damansara Seksyen 6
  8. Shell Sri Hartamas
  9. Shell Jalan Kepong 2 (Lot 4086 Jln Kepong Mukim Batu, Kuala Lumpur, 52100)
  10. Shell Jalan Cheras KM 5.5 (PT 7430 HSD 111856, Kuala Lumpur, 56100)

Orang ramai juga boleh mula mendapatkan tag RFID di pusat pemasangan RFID di seluruh negara pada harga RM35, bermula dari 15 Februari 2020. Pembelian tag ini termasuk penggantian satu kali kepada kenderaan yang sama.

BACA  Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Upgrade PS4 Anda Kepada PS5

Selain itu, rakyat Malaysia yang telah menebus e-tunai rakyat menerusi Touch n Go berpeluang menerima cashback sebanyak RM5+RM2 apabila berbelanja minima RM20 menggunakan Touch n Go eWallet di mana-mana stesen petrol Shell. Promosi ini berjalan dari 17 Februari sehingga 14 Mac 2020.

Bagi yang tidak tahu, RFID kini boleh mula digunakan sebagai salah satu cara pembayaran tol untuk semua kenderaan kelas 1 di lebuhraya berikut:

  1. Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH)
  2. Besraya Expressway (BESRAYA)
  3. Butterworth – Kulim Expressway (BKE)
  4. Butterworth Outer Ring Road (BORR)
  5. Duta – Ulu Kelang Expressway (DUKE)
  6. Guthrie Corridor Expressway (GCE)
  7. Cheras – Kajang Highway (GRANDSAGA)
  8. Lebuhraya Grand Sepadu (GRANDSEPADU)
  9. Jambatan Kedua (JKSB)
  10. Jambatan Pulau Pinang (JPP)
  11. Shah Alam Expressway (KESAS)
  12. Kuala Lumpur – Karak Expressway (KLK)
  13. Lebuhraya KL – Kuala Selangor (LATAR)
  14. Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  15. Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) (Ampangan Plaza sahaja)
  16. Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA)
  17. Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA)
  18. Maju Expressway (MEX)
  19. New Pantai Expressway (NPE)
  20. Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
    • Toll Plaza Mambau
    • Toll Plaza Lukut
    • Toll Plaza Kempas
    • Toll Plaza Lima Kedai
    • Toll Plaza Perling
    • Toll Plaza Tanjung Kupang
    • Toll Plaza Bangunan Sultan Iskandar
    • Toll Plaza Jitra
  21. Kajang Dispersal Link Expressway (SILK)
  22. SMART Highway (SMART)
  23. Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)