Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Hati-Hati Berbelanja Di Lazada, Terutamanya Sepanjang PKP

Artikel ini dibawakaan kepada anda oleh Lazada. Kredit untuk Lazada Wallet disediakan pihak Lazada tapi produk yang dipilih adalah keputusan penulis.

Ada sesiapa yang berjaga malam 26 Mac 2020 untuk nantikan pesta beli-belah dalam talian Lazada bersempena ulang tahun mereka yang ke-8? Kalau tak, anda mungkin terlepas beberapa tawaran menarik sedang anda lena dibuai mimpi.

Salah satunya adalah tiga telefon midrange antara yang terbaik untuk harga kurang daripada RM800.

Promo Realme 6, Redmi Note 9S, dan Samsung Galaxy M31 berlangsung serentak iaitu antara 12 tengah malam hingga 2 pagi. Antara waktu tersebut, Redmi Note 9S ditawarkan pada harga RM699 manakala dua model masing-masing daripada Samsung dan Realme pada RM799.

Dengan saya sekali pun terjebak. Mana taknya, anda “bersesak” di alam maya tapi masih dalam kedaan selesa di rumah. Itulah kebaikkan shopping dalam talian, lebih-lebih lagi dalam tempoh PKP ini.

Kalau terlepas, anda masih boleh dapatkan mereka, tapi pada harga sedikit tinggi. Tadi cerita pasal 3 telefon pada harga menarik, berikut adalah 3 barang menarik yang sepat saya sambar semalam.

Boya BY-M1

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Boya BY-M1 ialah mikrofon jenis pin ini dalam senaraian Lazada berharga RM34.30. Dalam tempoh PKP ini, saya perlukan satu mikrofon untuk rakaman video, kalau tak, anda terpaksalah lihat saya gunakan headfon gaming untuk rakam video.

Lihat pada reviu yang baik daripada pembeli terhadap penjual serta skor Lazada yang baik, saya pun teruskan dengan tempahan.

Ulanzi VL46

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Selain audio, saya juga perlukan peralatan pencahayaan dan ia mestilah cukup mudah alih. Ulanzi VL49 ini adalah lampu LED yang ada bateri terbina dalamnya iaitu sebesar 2,000mAh.

BACA  Pilih NJOI ikut suka hati sebanyak mungkin untuk bawa pulang TV 50 inci

Selain kompak, saya sukakan cold shoe di bahagian bawah unit ini sebab boleh disangkutkan pada kamera. Kemudian, di setiap sisi badannya ada cold shoe (female) yang boleh saya gantungkan mikrofon shotgun ataupun lakukan sambungan siri VL49 kalau saya beli unit baru kelak.

Monitor Mudah Alih

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Dah lama saya idamkan sebuah paparan yang boleh dibawa dalam beg. Kalau anda pernah tonton video DIY saya bertemakan Raspberry Pi, anda tentu dapat lihat potensi monitor ini.

Pada harga RM450, saya dapat paparan bermobiliti tinggi pada resolusi HD Penuh, ada bateri yang boleh tahan beberapa jam, boleh boleh terima input HDMI dan USB-C, dan ada sepasang speaker di belakangnya.

Sebelum saya sarankan monitor ini kepada anda, ada satu lagi puzzle yang tiada Saya masih belum tahu kualiti binaan dan paling penting kualiti gambar. Itu anda kena tunggu reviu saya nanti.

Kenapa Anda Perlu Teruskan Selongkar Laman Lazada

Ada macam-macam tawaran menarik yang kadang-kadang jauh terbenam disebalik yang lain. Untuk mencarinya, anda kena selalu tatal telefon anda dan carinya.

Nak lagi mudah, berpakat dengan kawan-kawan ataupun pergi ke laman SoyaCincau, SoyaCincau BM, ataupun RKMD sebab kawan-kawan lain turut berkongsi penemuan mereka di sana.