• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Duduk di rumah, bersenam dan menang telefon dalam cabaran Oppo Home FitnessXplorer

  • OLEH Ghazali Alias
  • 12:14 pm
  • 08/04/2020
  • Komen
Duduk di rumah, bersenam dan menang telefon dalam cabaran Oppo Home FitnessXplorer
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi menggalakkan orang ramai kekal sihat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Oppo melancarkan cabaran kecergasan, Home FitnessXplorer yang berlangsung bermula 8 hingga 14 April 2020.

Program ini mengajak orang ramai, untuk mencabar diri melakukan aktiviti kecergasan setiap hari. Aktiviti ini akan dipandu menerusi kelas kecergasan Home FitnessXplorer secara langsung dalam talian , di laman instagram rasmi, Oppo Malaysia setiap pukul 6.30 petang.



Kelas kecergasan ini akan diketuai oleh dua jurulatih profesional iaitu, Pengasas JC Pro Fitness Studio and Gym, Jack Chooi dan Pakar Pemakanan Kecergasan, Kevin Chia. Pelbagai aktiviti dan senaman yang berbeza akan dilakukan setaip hari seperti tabata, yoga, senaman otot, rutin daya tahan, kardio (HIIT) dan sebagainya.

Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia berusia 13 tahun ke atas. Untuk menyertainya, anda hanya perlu:



  1. Rekod video anda melakukan cabaran aktiviti kecergasan
  2. Muat naik video di akaun Facebook atau Instagram dengan kapsyen, Stay healthy for Yourself, Stay home for Malaysia.
  3. Sertakan juga hashtag: #OPPOHomeXplorer, #StayHomeStayHealthy, #(hari)XplorerChallenge (Contoh: #Day1XplorerChallenge)
  4. Tag 3 rakan anda untuk lakukan cabaran kecergasan.

Oppo turut menawarkan hadiah menarik bagi mereka yang menyertai Cabaran kecergasan, Home FitnessXplorer. Untuk hadiah harian (diumumkan setiap pukul 12 tengah hari), seorang peserta terpilih bakal memenangi fon telinga tanpa wayar, Oppo Enco Free. Di akhir program ini nanti, empat peserta yang berjaya melakukan semua tujuh cabaran, berpeluang  memenangi hadiah utama, Oppo Reno2 yang bernilai RM 1,999.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh terus ke laman Facebook dan Instagram Oppo.

Selain elakkan jangkitan COVID-19 sepanjang PKP, kesihatan lain juga perlu dijaga. Daripada asyik makan tak berhenti, cabar diri buat cabaran senaman ini, untung-untung menang telefon baru. Boleh juga hilangkan bosan.

Tags: Home FitnessXploreroppo
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Duduk di rumah, bersenam dan menang telefon dalam cabaran Oppo Home FitnessXplorer

Duduk di rumah, bersenam dan menang telefon dalam cabaran Oppo Home FitnessXplorer

8 April 2020
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN