Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

TM hantar Unifi Air dahulu sebelum datang pasang kabel fiber selepas PKP tamat

Walaupun kerajaan telah membenarkan pemasangan dan penyelenggaraan jalur lebar tetap di rumah, tetapi ia dibenarkan untuk zon hijau yang bebas dari COVID-19 sahaja. Perkara ini pasti menyukarkan kerana di Semenanjung Malaysia, hanya ada 4 daerah buat masa ini yang dilabelkan zon hijau, sekaligus membuatkan ia tidak dibenarkan dipasang semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.

Bagi memudahkan pengguna menikmati internet tanpa had di rumah lebih awal, TM akan menawarkan Unifi Air kepada mana-mana permohonan jalur lebar tetap Unifi Home Broadband sewaktu PKP. Modem Unifi Air ini akan dihantar terus ke rumah pemohon dan ia boleh terus digunakan.

Tetapi selepas tamatnya PKP, sudah pasti TM akan mengambil semula modem Unifi Air ini selepas kabel fiber dipasang. Sedikit sebanyak, tawaran ini serupa dengan promosi Maxis Home Broadband.

Pelan biasa untuk Unifi Air menawarkan internet mudah alih tanpa had pada kadar RM79/bulan. Ia akan dikontrak selama 24-bulan jika pengguna mahukan modem percuma, di mana TM memberikan router wayarles Huawei B618 4G LTE yang boleh menghubungkan sehingga 64 peranti menerusi WiFi.

Tetapi perlu diambil perhatian kerana Unifi Air beroperasi menggunakan liputan 4G TM TDD-LTE sahaja, dengan kelajuan purata sekitar 20Mbps. Anda perlu menyemak terlebih dahulu sama ada rumah anda termasuk di dalam liputan 4G TM sebelum mendaftar. Ia boleh disemak di sini.

Pastinya TM akan mengumumkan promosi ini secara rasmi tidak lama lagi kerana promosi ini adalah untuk pengguna semasa PKP berkuatkuasa. Sama-sama kita nantikan.

Sumber: Unifi

BACA  BigPay kini boleh hantar wang dari Malaysia ke China dalam masa 15 minit