Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Pelajar Universiti boleh langgan pelan semua tanpa had Unifi Mobile hanya RM59/bulan

Unifi kini meluaskan lagi kemudahan pekhidmatan mereka kepada para pelajar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dengan memperkenalkan pelan istimewa, Pek Pelajar Unifi Mobile. Pek ini disediakan untuk lebih 40 universiti awam dan swasta di seluruh negara, bermula 24 April 2020.

Pek Pelajar Unifi Mobile ini memberikan pelajar sambungan data, panggilan dan SMS tanpa had, bersama 10GB kuota hotspot pada kadar hanya RM59/bulan (tidak termasuk 6% SST). Ia ditawarkan tanpa kontrak, bagi membolehkan pelajar akses kepada pembelajaran jarak jauh.

Semua pelajar di IPTA/IPTS terpilih yang memiliki emel rasmi pelajar yang sah sahaja layak untuk melanggan tawaran ini. Jadi, pastikan anda tidak terlepas emel makluman jemputan daripada pihak pentadbiran universiti menerusi emel rasmi pelajar.

Untuk mendaftar, layari laman web www.unifi.com.my/studentpack. Kad SIM akan dihantar dalam tempoh 1-5 hari bekerja. Pelan pelajar unifi Mobile ini juga terbuka untuk semua pelajar tempatan dan antarabangsa peringkat ijazah dan sarjana, selagi mereka merupakan pelajar berdaftar dan memiliki kad pelajar yang sah serta emel rasmi universiti untuk mendaftar pelan ini.

Pelan ini sebenarnya sama dengan pelan sedia ada Unifi Mobile 99, yang hadir dengan data, panggilan tanpa had serta kuota hotspot 4G 10GB. Pelan berharga RM99/bulan ini sedang dalam promosi RM59/bulan tetapi pengguna perlu menandatangani kontrak selama 12 bulan. Kelebihannya, Unifi kini memberikan kuota hotspot 999GB sepanjang PKP.

Mengulas mengenai usaha terbaharu Unifi ini, Anand Vijayan, Ketua Pegawai Komersil, Telekom Malaysia Berhad (TM) berkata, “Dengan pandemik COVID-19 memaksa pelajar untuk bertukar kepada pembelajaran jarak jauh, banyak institusi pengajian tinggi telah menyesuaikan e-pembelajaran untuk melindungi pelajar-pelajar dan tenaga pengajarnya dari risiko jangkitan. Kami turut memahami bahawa para pelajar sangat memerlukan sambungan mudah alih yang menawarkan data TANPA HAD dan mampu dilanggani secara bulanan yang tidak memerlukan ciri tambahan atau tambah nilai dengan kerap apabila kuota mereka telah digunakan sepenuhnya. Apa yang lebih menarik, mereka masih boleh terus menikmati pelan ini walaupun tempoh PKP telah tamat.”

BACA  ASUS ROG Phone 3 tiada pembaharuan, hanya naik taraf perkakas sedia ada

“Unifi kekal komited untuk membantu semua orang termasuklah para pelajar untuk kekal berada di rumah, kekal terhubung, kekal terhibur, kekal bermaklumat, kekal produktif dan kekal dilayani sepanjang tempoh yang tidak dijangkakan ini. Kami juga berharap agar semua pihak akan terus mematuhi panduan PKP, dan terus berdoa untuk kebaikan semua,” tambah Anand.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai pelan Unifi Mobile untuk pelajar serta perkhidmatan lain daripada Unifi, sila hubungi Unifi menerusi aplikasi MyUnifi atau menerusi pusat khidmat pelanggan dengan mendail 100. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang unifi di www.unifi.com.my.