• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tesco lancar Kempen Raya Jimat Raya Selamat, perkenal khidmat klik dan ambil di 8 cawangan

  • OLEH Ghazali Alias
  • 2:27 pm
  • 24/04/2020
  • Komen
Tesco lancar Kempen Raya Jimat Raya Selamat, perkenal khidmat klik dan ambil di 8 cawangan
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi memenuhi keperluan pelanggan di bulan Ramadan dalam normal baharu beli belah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Tesco melancarkan kempen, Raya Jimat, Raya Selamat. Kempen ini berlangsung bermula 23 April hingga 11 Jun 2020 di semua 60 cawangan Tesco dan platform atas talian termasuk Tesco Online, Lazada dan Shopee.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tesco, Paul Ritchie, kempen ini merupakan usaha untuk membantu membekalkan keperluan asas pengguna pada harga berpatutan selain, menyediakan kaedah beli belah yang selamat.



Raya Jimat

Bagi memenuhi keperluan pelanggan, Tesco menawarkan pelbagai pilihan barang mentah harian seperti daging, ayam, buah-buahan dan sayur-sayuran segar pada harga berpatutan. Tesco menerusi rangkaian Jenama Sendiri Tesco (TOB) secara purata menawarkan harga 10 peratus lebih murah berbanding jenama lain.

Tesco juga mengenakan potongan hingga 30 peratus untuk sebahagian besar barang sejuk beku. Selain itu bagi memenuhi keperluan pelanggan terhadap buah kurma, pasaraya itu turut menawarkan tujuh jenis buah kurma yang diimport dari Emiriah Arab Bersatu, Tunisia dan Palestin.



Menerusi kempen ini juga, pihak Tesco menawarkan kemudahan untuk persedian hari raya dengan meluaskan platform penjualan rangkaian pakaian keluarga Tesco Raya di Lazada, dengan potongan 10 peratus tambahan untuk persalinan kanak-kanak.

Pelanggan juga berpeluang memenangi baucar Tesco bernilai RM500, menerusi pertandingan resipi mingguan. Cara penyertaan seperti berikut;

  1. Pelanggan perlu menghasilkan resipi dengan menggunakan produk yang terdapat di Tesco.
  2. kongsi gambar atau video percubaan mereka untuk resipi di laman sosial.
  3. Masukkan kapsyen menarik beserta resipi dan tag akaun media sosial rasmi Tesco.

Raya Selamat

Sepanjang bulan Ramadan dan Aidilfitri juga, Tesco memperkenalkan kaedah membeli belah, khidmat klik dan ambil di lapan cawangan seluruh negara. Mempunyai konsep yang sama seperti khidmat pesan dan ambil Tesco (melalui Whatsapp), kaedah ini pula membolehkan pengguna membuat tempahan menerusi platform Tesco Online dan kemudian mengambilnya di cawangan pilihan mereka.

Cawangan yang terlibat adalah:

  • Tesco Selayang
  • Tesco Mutiara Damansara
  • Tesco Cheras
  • Tesco Puchong
  • Tesco Desa Tebrau
  • Tesco Seberang Jaya,
  • Tesco Ipoh Extra
  • Tesco Melaka

Menerusi khidmat klik dan ambil pelanggan juga boleh memesan sehingga tiga minggu lebih awal. Pelanggan kemudian diminta untuk memilih slot waktu pengumpulan antara 1 tengah hari hingga 6 petang setiap hari. Pelanggan perlu mengambil pesanan dalam masa dua jam dari slot waktu yang dipilih. Seperti di Tesco Online, pelanggan hanya boleh memesan barang sehingga 30kg dan tiada bayaran tambahan dikenakan untuk perkhidmatan ini.

Tesco juga mengambil semua langkah keselamatan untuk memastikan bahawa cawangan Tesco tetap menjadi tempat yang selamat untuk membeli-belah. Ini termasuk pemeriksaan suhu badan, menghadkan jumlah kemasukan pelanggan pada satu masa, penjarakan sosial dan juga memakai topeng muka.

Tags: kempen raya jimat raya selamatTesco
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Tesco lancar Kempen Raya Jimat Raya Selamat, perkenal khidmat klik dan ambil di 8 cawangan

Tesco lancar Kempen Raya Jimat Raya Selamat, perkenal khidmat klik dan ambil di 8 cawangan

24 April 2020
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN