Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Dalam Tempoh PKP Ini, Anda Boleh Guna Kamera Canon Sebagai Webcam Bangsawan

Sidang video adalah satu kemestian dalam tempoh PKP hari ini. Untuk yang ada laptop, sudah tentu mereka ini tak hadapi masalah sebab kebanyakan laptop dilengkapi kamera webcamnya yang tersendiri.

Masalahnya pada pengguna desktop. Komputer jenis ini biasanya tiada kamera dan perlu menggunakan aksesori tambahan. Kalau anda hadapi masalah untuk dapatkan webcam kerana kehabisan stok ataupun tak mahu menunggu lama tapi anda ada kamera Canon yang terpilih, anda boleh tukarnya jadi webcam yang berkualiti tinggi

Webcam biasa
Webcam Canon

EOS Webcam Utility Beta Software penyelesaian Canon kepada penggunannya yang perlukan sebuah kamera untuk bersidang video. Menggunakan perisian ini, komputer boleh berkomunikasi dengan kamera Canon menggunakan penyambungan USB sebagai webcam.

Hidupkan kamera dalam mode Video
Sambungkan kabel USB pada kamera
Sambungkan kamera USB pada komputer
Pilih sumber video daripada EOS Webcam Utility Beta dalam perisian sidang video

Masih dalam fasa beta, cuma beberapa kerat model yang menyokongnya. Mereka ialah:

  • EOS-1D X Mark II
  • EOS-1D X Mark III
  • EOS 5D Mark IV
  • EOS 5DS
  • EOS 5DS R
  • EOS 6D Mark II
  • EOS 7D Mark II
  • EOS 77D
  • EOS 80D
  • EOS 90D
  • EOS Rebel SL2 (200D)
  • EOS Rebel SL3 (250D)
  • EOS Rebel T6 (1300D)
  • EOS Rebel T6i (750D)
  • EOS Rebel T7 (2000D)
  • EOS Rebel T7i (800D)
  • EOS Rebel T100 (4000D)
  • EOS M6 Mark II
  • EOS M50
  • EOS M200
  • EOS R
  • EOS RP
  • PowerShot G5X Mark II
  • PowerShot G7X Mark III
  • PowerShot SX70 HS

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

BACA  Samsung Galaxy M51 kini rasmi dengan bateri 7,000mAh