Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

NJOI tawar tiga pek baharu, Astro lanjut siaran percuma sepanjang PKP 4

Astro menawarkan 16 saluran secara berasingan dan tiga pek baharu untuk pelanggan NJOI sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri untuk tahun ini.

Menurut Pengarah NJOI dan OTT, Mazhairul Jamaludin, tawaran ini merupakan komitmen pihaknya untuk menyediakan lebih banyak saluran prabayar baharu kepada pelanggan. Ia memberi lebih fleksibiliti untuk memilih saluran dan jangka masa tontonan.

Tiga tambah nilai tersebut ditawarkan pada harga RM 30 untuk 30 hari. Senarai pek tersebut seperti berikut:

  1. Pek Senyuman (Astro Ria dan Astro Warna) – hanya boleh diakses dari 1 Mei hingga 1 Julai 2020 sahaja
  2. Pek Filem (HBO dan Cinemax)
  3. Pek Gaya Hidup (Asia Food Network, Food Network HD dan TLC)

Bagi saluran prabayar pula, Astro NJOI menawarkan harga bermula RM7 untuk tiga hari hingga RM 45 selama tiga bulan. Senarai saluran termasuk:

  • Phoenix Chinese Channel (CH 318)
  • Phoenix InfoNews (CH 323)
  • One HD (CH 393)
  • Al Jazeera (CH 513)
  • Crime & Investigation (CH 714)
  • Comedy Central Asia HD (CH 717)
  • Discovery Asia (CH 533)
  • HGTV HD (CH 715)

Pelanggan NJOI boleh menambah dan membeli saluran prabayar dan pek melalui saluran berikut.

  1. Pergi ke saluran 200 di Astro
  2. WhatsApp di talian 03 9543 8100
  3. Secara dalam talian di NJOI
  4. Peruncit sah NJOI

Untuk maklumat lanjut boleh ke lamn web NJOI di sini.

Siaran percuma dilanjutkan dengan enam saluran tambahan

Sementara itu, susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang memasuki fasa-4, Astro turut melanjutkan siaran percumanya untuk saluran terpilih sehingga 12 Mei 2020.

Pihak Astro juga menambah enam lagi saluran pendidikan percuma sepanjang tempoh PKP. Antaranya:

  1. National Geographic Channel
  2. Nat Geo WILD, HISTORY
  3. Animal Planet
  4. Discovery Channel
  5. Discovery Asia
  6. Discovery Science
BACA  Hampir 1 bilion Pokemon ditangkap minggu lepas

Terdahulu, susulan pelaksanaan PKP, Astro telah membuka saluran filem dan kemudian 22 saluran terpilih secara percuma di Astro GO kepada pelanggan Astro. Syarikat saluran televisyen berbayar itu turut membuka siarannya untuk semua rakyat Malaysia yang bukan pelanggan Astro.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh melayari laman web Astro di sini.