Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

PKP di Malaysia, penerimaan masyarakat dan perjuangan yang belum selesai

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 di Malaysia, pelbagai reaksi yang diterima masyarakat atas tindakan drastik kerajaan untuk membendung penularan wabak COVID-19 itu.

Sebelum ia diumumkan lagi, masyarakat telah digembar-gemburkan tentang berita sekatan pergerakan (lockdown) yang menimbulkan rasa panik. Ia jelas apabila ramai yang berpusu-pusu ke pasaraya membuat pembelian panik, pulang ke kampung  malah, memenuhi balai polis untuk mendapatkan borang rentas negeri.

Itu baru permulaan bagaimana masyarakat bereaksi terhadap penguatkuasan PKP. Sehingga hari ini, PKP sudah memasuki fasa ke-4 dan rakyat semakin patuh meskipun, terdapat 3 peratus yang ingkar.

Sepanjang lebih enam minggu, tidak dinafikan Malaysia mengalami satu perubahan yang ketara dari segi sosial, ekonomi sehingga kepada kesan alam sekitar. Meskipun 97 peratus masyarakat patuh dengan PKP, perjuangan menentang COVID-19 masih belum tamat.

Kebebasan yang disekat sementara

Selepas PKP diumumkan, landskap sosial masyarakat berubah 360 darjah. Bermula 18 Mac, tiada lagi kenderaan berpusu-pusu ke tempat kerja di waktu pagi, pusat membeli belah juga kosong tanpa pengunjung.

Hanya sektor penting yang keluar bekerja terutama petugas barisan hadapan. Duduk rumah, pakai topeng muka, kerap cuci atau sanitasi tangan dan kekalkan jarak sosial, antara peringatan yang kerap disampaikan kepada masyarakat.

Sepanjang pelaksanaan PKP sehingga memasuki fasa ke-4, banyak peraturan yang dikuatkuasakan bagi membendung penularan wabak COVID-19.  Antaranya, masyarakat tidak dibenarkan merentas negeri (balik kampung), radius pergerakan juga dihadkan kepada 10 km dari rumah, hanya wakil atau ketua keluarga sahaja dibenarkan keluar rumah dan operasi pengangkutan awam juga diminimakan.

Operasi di pasaraya turut diperketat dengan peraturan untuk membendung jangkitan COVID-19. Kemasukan pelanggan dihadkan pada satu masa, saringan suhu badan dilakukan dan pemakaian topeng muka menjadi kemestian.

BACA  Pengajian secara bersemuka dilarang sehingga 31 Disember, hanya 5 kategori pelajar ini dibenar kembali ke kampus

PKP menjadi lebih mengikat supaya orang ramai kekal berada di rumah, namun masih ada yang berdegil. Hal ini membawa kepada penglibatan bukan sahaja pihak polis tetapi pihak tentera untuk membantu menguatkuasakan peraturan yang digariskan.

Aktiviti dalam talian meningkat

Oleh kerana masyarakat tidak lagi dapat bersosial dan bekerja seperti biasa, banyak urusan terutama komunikasi dilaksanakan secara dalam talian.

Penutupan operasi kedai kecuali keperluan harian (makanan dan perubatan) telah mempergiat aktiviti di platform jualan dalam talian (e-dagang), selain menjadikan perkhidmatan penghantaran barang serta makanan lebih aktif berbanding kebiasaan.

Orang ramai juga aktif berhubung menerusi panggilan dan sidang video, sama ada untuk bekerja, kuliah pengajian mahupun bersosial. Sepanjang PKP juga kerajaan turut membantu rakyat dengan memberi data percuma malah, syarikat telekomunikasi turut memberikan pelbagai tawaran dan bantuan sebagai usaha untuk memastikan masyarakat kekal di rumah.

Pencemaran semakin berkurang

Kesan yang ketara apabilan PKP dilaksankan juga dilihat menerusi tahap pencemaran yang semakin berkurang. Udara di Malaysia khususnya direkodkan semakin bersih susulan kurangnya pelepasan gas karbon daripada asap kenderaan dan kilang. Perkara sama turut berlaku di seluruh dunia, memandangkan kebanyakan negara menjalankan sekatan pergerakan.

COVID-19 belum berakhir

Dalam tempoh Malaysia melaksanakan PKP, usaha membendung COVID-19 menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Dengan kadar pesakit sembuh sudah mencecah 70 peratus berbanding jumlah keseluruhan kes, ia belum menandakan bahawa COVID-19 sudah dibendung sepenuhnya.

Selagi adanya kes baharu, ada kemungkinan ia boleh mencetus gelombang jangkitan jika PKP ditamatkan. Untuk tempoh kira-kira satu hingga dua tahun, normal baharu seperti amalan langkah pencegahan, jaga jarak sosial dan pemakaian topeng muka mesti diamalkan sehingga COVID-19 dapat ditangani.

BACA  COVID-19: Tak wajib pakai topeng muka di Beijing, penduduknya disaran keluar beriadah

Semua gambar di dalam artikel ini dirakam oleh jurufoto, Zachary Yoong. Ikuti laman sosial Instagram, @thirdmorbid untuk melihat lebih banyak karya fotografi dari lensa beliau.