Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

COVID-19: Kit penghadang kerusi ini solusi jimat halang jangkitan dalam pesawat

Banyak cadangan dan juga prosedur amalan standard (SOP) yang diberi serta dilaksanakan oleh syarikat penerbangan untuk melancarkan operasi mereka dalam pandemik COVID-19 yang masih berlarutan.

Daripada mewajibkan penumpang memakai topeng muka, menjaga jarak sosial ketika di lapangan terbang, mereka pakaian pelindung diri untuk anak kapal pesawat sehingga cadangan tempat duduk cegah jangkitan COVID-19, menjadi antara pertimbangan syarikat penerbangan di seluruh dunia.

Perkara yang paling banyak dibincangkan adalah kedudukan tempat duduk. Selain idea memusingkan tempat duduk tengah menghadap belakang dan meletak penghadang antara setiap kerusi oleh Aviointeriors’ vision, seorang Jurutera Aeronautika dari Perancis, Florian Barjot, mempunyai pandangan berbeza.

Menerusi rekaan yang digelar PlanBay, Barjot mencadangkan konsep tempat duduk kelas ekonomi dengan meletakkan kit penghadang yang lebih jimat kos dan boleh dipasang serta dialihkan. Ideanya adalah dengan meletakkan penghadang di kerusi tengah dan bahagian atas kepala kerusi.

Menurut Barjot, dia mendapat ilham mereka konsep ini selepas mendengar keluhan isterinya yang risau jika terdapat orang bersin di belakang tempat duduk semasa menaiki kapal terbang.

Barjot juga ada melakukan perbincangan dengan pembekal komponen dalaman kapal terbang untuk menghasilkan kit berkenaan. Namun dia tidak pasti sama ada ideanya sesuai dengan keperluan syarikat penerbangan atau tidak.

Terdahulu pada 5 Mei 2020, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabnagsa (IATA) dalam satu kenyataan menyatakan, pihaknya tidak menyokong jika tempat duduk bahagian tengah dikosongkan dalam penerbangan. Persatuan itu lebih mencadangkan pemakaian topeng muka, pengesanan suhu badan dan jarak sosial semasa menaiki pesawat.

Hal ini berikutan, sekiranya kerusi dikurangkan mahupun rekaan dalaman kapal terbang perlu diubah, berkemungkinan syarikat penerbangan akan menaikkan harga tiket untuk menampung kos operasi. Tambahan pula, kajian mendapati bahawa risiko jangkitan di dalam pesawat adalah rendah.

BACA  PKPB: Premis perniagaan tidak lagi dibenarkan merekod data peribadi pelanggan selain garis panduan ini

Sumber: CNN