Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Sony WH-CH710N, fon kepala dengan penyaring hingar yang lebih murah

Sony memperkenalkan fon kepala tanpa wayar baharu, WH-CH710N yang kini telah memasuki pasaran tempatan pada tanda harga RM 699 seunit. Ia merupakan fon telinga mampu milik, berbanding fon telinga NC Sony yang lain iaitu WH-XB900N (RM 999) dan WH-1000XM3 (RM 1,599).

Menekankan kelebihan pada keupayaan penyaring hingar (NC), fon kepala ini juga dikatakan mempunyai pelbagai ciri menarik dan berbaloi pada harga yang ditawarkan.

Sony WH-CH710N turut menggunapakai teknologi penyaring hingar AI (AINC) yang mengesan bunyi sekeliling  secara berterusan, dengan bantuan dua mikrofon yang terdapat pada fon kepala berkenaan.

Ia juga mempunyai cip Near Field Communication (NFC), yang membolehkan pengguna telefon (dengan NFC) memadankan peranti mereka dengan menyentuhnya pada fon telinga.

Fon kepala Sony WH-CH710N juga didatangkan dengan teknologi Sony’s Extra Bass, yang memberikan audio muzik lebih jelas dan mendalam.

Baterinya boleh bertahan selama 35 jam setelah dicas penuh. Tambahan pula, ia menyokong pengecasan pantas, pengguna boleh mendapat tempoh masa penggunaan selama 60 minit daripada pengecasan selama 10 minit.

Dengan cekak kepala boleh laras, pengguna boleh mengubah saiz fon kepala tersebut mengikut kesesuaian mereka. Pad telinga lembut berbentuk bujurnya pula, memberi keselesaan semasa Sony WH-CH710N diletakkan pada telinga.

Fon telinga ini boleh didapati menerusi saluran berikut:

Untuk maklumat lanjut berkaitan Sony WH-CH710N, anda boleh ke pautan ini.

Jika dilihat kepada spesifikasi dan harga yang ditawarkan, Sony WH-CH710N berbaloi untuk dibeli. Sekiranya ada bajet kecil tetapi mahukan fon telinga dengan NC, boleh dapatkan fon telinga ini.

BACA  3 produk pintar di rumah Xiaomi tiba di Malaysia