Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Samsung beri Galaxy Buds percuma dengan pembelian Galaxy Tab S6 sebelum 7 Jun

Samsung membawakan promosi sempena Hari Raya Aidilfitri, dengan memberikan Samsung Galaxy Buds secara percuma bernilai RM 499, untuk pembelian Samsung Galaxy Tab S6 sebelum 7 Jun 2020, sementara stok masih ada.

Ditawarkan sempena Kempen Jimat, Snap dan Menang Samsung, pelanggan juga boleh mendapat potongan harga RM 300, dengan menggunakan kod promosi HOME300. Harga untuk Samsung Galaxy Tab S6 yang ditawarkan bermula dari RM 3,099.

Pembelian boleh dilakukan menerusi saluran terpilih seperti berikut:

  1. Samsung Experience Store
  2. Kedai dengan Samsung Partnership Program
  3. Stor dalam Talian Samsung
  4. Samsung Elite Partners
  5. Wakil jualan terpilih

Untuk maklumat, terma dan syarat, orang ramai boleh ke laman web Samsung di pautan ini.

Serba sedikit tentang Samsung Galaxy Tab S6, ia disertakan dengan S Pen yang boleh digunakan sebagai alat kawalan jauh dan dicas tanpa wayar.

Di atas papan utama, ia dikuasakan dengan chipset Snapdragon 855, dengan pilihan RAM 6GB dan storan 128GB atau RAM 8GB dan storan 256GB. Ruang storan juga boleh diperluas sehingga 1TB dengan tambahan kad memori microSD.

Ia didatangkan dengan skrin 10.5-inci, beresolusi WQXGA (2560×1600) dari jenis Super AMOLED. Samsung Galaxy Tab S6 juga merupakan tablet pertama Samsung mempunyai pengimbas cap jari di dalam skrin.

Audionya pula dilengkapi dengan empat pembesar suara yang mengguna pakai teknologi AKG bersama Dolby Atmos. Di bahagian pengimejan, ia mempunyai dua kamera belakang dengan sensor utama 13MP F2.2 dan kamera ultra lebar 5MP F2.0. Kamera hadapan pula mempunyai sensor 8MP F2.0 untuk swafoto.

BACA  Tak perlu beli Galaxy S20 Sebab Galaxy A71 dan Galaxy A51 pun mewarisi beberapa ciri serupa