Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Kuota Maxis Postpaid akan dibesarkan secara percuma bermula 4 Jun

Pengguna pelan pascabayar Maxis boleh merasa lebih gembira selepas ini kerana kuota data mereka akan ditambah secara automatik dan percuma, bermula 4 Jun 2020. Perkara ini dijelaskan oleh Maxis menerusi laman web mereka.

Dari 4 hingga 10 Jun 2020, pengguna pascabayar Maxis akan menerima naiktaraf kuota data mereka. Antara perubahan besar ialah tiada lagi kuota hujung minggu, semuanya digabungkan menjadi kuota sepanjang hari. Contohnya pelan Maxis Postpaid 98, sebelum ini menerima 20GB data sepanjang hari dan 10GB data 4G hujung minggu, akan ditukar kepada 40GB sepanjang hari.

Selain itu, pelan perkongsian Maxis Postpaid Share 48 yang sebelum ini diberikan 10GB data sepanjang hari yang boleh dikongsi dengan talian utama serta 10GB data sendiri, akan digantikan kepada 30GB data sepanjang hari. Data ini boleh dikawal oleh talian utama.

Senarai penuh naik taraf kuota pelan Maxis Postpaid adalah seperti berikut:

Menurut Maxis, proses naik taraf ini akan dibuat antara 4 hingga 10 Jun 2020. Pengguna akan menerima SMS pengesahan dari Maxis selepas selesai dinaiktaraf. Pelanggan baru juga akan menikmati kadar kuota baru ini bermula 4 Jun 2020.

Dalam tempoh naik taraf selama 7-hari ini, tiada perubahan had untuk perkongsian data serta pertukaran pelan boleh dilakukan. Selain itu, naik taraf ini tidak diberikan secara pro-rata, sebaliknya diberikan sepenuhnya mengikut kuota baharu.

Jika anda tidak perasan, Maxis juga baru-baru ini telah mengubah nama pelan pascabayar mereka dari MaxisONE kepada Maxis Psotpaid sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai naik taraf ini, rujuk notis naiktaraf Maxis di sini.

BACA  Realme lancar telefon baru lebih murah berharga di bawah RM450