Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Selain ketiadaan Space Zoom, Galaxy Note20+ dilaporkan sisih sensor 3D ToF

Lagi berita tentang spesifikasi Galaxy Note20 yang bakal tiba. Setelah beberapa spekulasi mengatakan yang Space Zoom tidak akan hadir siri Galaxy Note20, kali ini kita ada maklumat lebih terperinci tentang spesifikasi kamera belakang telefon ini.

Daripada pihak yang katakan Space Zoom tidak muncul pada siri Galaxy Note20, mereka juga katakan yang Galaxy Note20+ tetap akan gunakan sensor 108MP yang sama seperti S20 Ultra, tapi sensor 3D ToF akan digantikan dengan sensor pembidik fokus jenis laser, untuk selesaikan masalah pemfokusan yang melanda Galaxy S20 Ultra.

Perihal kamera telefoto, Samsung juga dilaporkan akan menggunakan sensor 13MP berbanding 48MP pada siri S. Kamera yang terakhir ialah kamera 12MP yang sama seperti siri S20.

Selain kamera, maklumat paparan Galaxy Note20+ juga dikongsikan. Menggunakan paparan Infinity-O, anda boleh jangkakan kadar segar semula setinggi 120Hz pada telefon ini.

Beberapa khabar angin lain adalah seperti penggunaan Snapdragon 865 atau Exynos 992 bergantung pada pasaran, storan sekurang-kurangnya 128GB dan RAM 12GB adalah versi asas, bateri 4,500mAh beserta sokongan rangkaian 5G.

Sumber: PhoneArena

BACA  Telefon Samsung Tak Didatangkan Dengan Pengecas Seawal 2021?