• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKPP: SOP pasar malam, pagi dan bazaria lebih ketat dengan waktu operasi yang dihadkan

  • OLEH Ghazali Alias
  • 2:07 pm
  • 10/06/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Susulan pembukaan semula pasar terbuka, pasar malam, pasar pagi dan bazaria bermula 15 Jun 2020, peniaga dan pengunjung diarahkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang diperketatkan oleh pihak kerajaan.

Ia bertujuan bagi membendung penularan wabak COVID-19 sekali gus, menerapkan amalan norma baharu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).



Berdasarkan SOP yang ditetapkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), terdapat beberapa peraturan telah digariskan dan perlu dipatuhi oleh peniaga dan juga orang ramai.

SOP Peniaga

Dalam garis panduan berkenaan, setiap gerai di tapak niaga perlu disusun atur dengan jarak 2.5 meter antara satu sama lain. Selain mengamalkan langkah keselamatan dan kebersihan, peniaga juga tidak boleh mengambil pekerja asing malah, waktu operasi juga dihadkan mengikut jenis pasar.



Waktu operasi adalah seperti berikut:

  1. Pasar Malam: 4.00 petang – 10.00 malam
  2. Pasar Pagi atau Pasar Terbuka: 6.00 pagi – 11.00 pagi
  3. Bazaria: 5.00 petang – 11.00 malam

Selain waktu operasi yang dihadkan, peniaga juga perlu beroperasi secara bergilir-gilir. Pengiliran peniaga ditetapkan seperti berikut:

  1. Penggiliran harian: Bazaria
    • Penggiliran Set A : Setiap Selasa, Khamis dan Sabtu
    • Penggiliran Set B : Setiap Rabu, Jumaat dan Ahad
  2. Penggiliran secara mingguan: Pasar malam, pasar pagi atau terbuka

Peniaga yang ingin memohon atau memperbaharui lesen perniagaan, boleh berbuat demikian dengan menghantar permohonan ke Jabatan Pembangunan Peniaga Kecil DBKL bermula 10 Jun 2020. Kelulusan dan kebenaran akan diberikan secara berperingkat-peringkat.

Selain peniaga, pengunjung juga perlu menjalani norma baharu yang digariskan dalam SOP oleh DBKL. Yang pertama, orang ramai perlu memuat turun aplikasi MySejahtera dan mendaftarkan maklumat diri. Kemudian, hanya dua orang ahli keluarga. Yang terkahir, pengunjung berusia 13 tahun ke atas sahaja dibenarkan memasuki kawasan pasar.

SOP Pengunjung

Selain itu, pengunjung juga perlu mematuhi peraturan seperti berikut, antaranya:

  • Menjalani saringan suhu badan sebelum memasuki tapak niaga
  • Menggunakan hand sanitiser dan digalakkan menggunakan pelitup muka
  • Pengunjung yang mempunyai suhu melebihi 37.5° C dilarang sama sekali memasuki kawasan tapak niaga
  • Pengunjung dihadkan untuk berada di kawasan tapak niaga maksimum 30 minit
  • Masuk dan keluar di kawasan pasar mengikut laluan yang ditetapkan
  • Mengikuti laluan perjalanan perjalanan yang ditetapkan di tapak pasar
  • Menggalakkan urusniaga tanpa tunai (jika disediakan oleh peniaga)

Kegagalan mematuhi SOP ditetapkan boleh dikenakan tindakan di bawah akta dan undang-undang kecil perlesenan serta perniagaan termasuk Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut orang ramai boleh melayari laman web DBKL atau ke laman sosial rasmi Facebook.

Sumber: Astro Awani, TV3

Tags: BAZARIAPASAR MALAMPASAR PAGIPKPPSOP
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

PKPP: SOP pasar malam, pagi dan bazaria lebih ketat dengan waktu operasi yang dihadkan

10 June 2020
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN