• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Penerbangan Malaysia Airlines ke Asia, Australia dan Eropah akan ditambah bermula Julai

  • OLEH Najib
  • 12:46 pm
  • 11/06/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia Airlines memaklumkan bahawa mereka akan meningkatkan lagi penerbangan domestik dan antarabangsa bermula bulan Jun dan Julai ini. Ia berikutan pembatalan sekatan pergerakan yang telah mula dibuat oleh beberapa negara secara berperingkat.

Untuk penerbangan domestik, kekerapan penerbangan bagi bulan Jun dan Julai adalah seperti berikut:



  • Kuala Lumpur – Kuantan: 1x seminggu
  • Kuala Lumpur – Bintulu: 1x seminggu
  • Kuala Lumpur – Sibu: 1x seminggu
  • Kuala Lumpur – Alor Setar: 2x seminggu
  • Kuala Lumpur – Johor Bahru: 2x seminggu
  • Kuala Lumpur – Kota Bharu: 2x seminggu
  • Kuala Lumpur – Langkawi: 2x seminggu
  • Kuala Lumpur – Terengganu: 2x seminggu
  • Kuala Lumpur – Labuan: 2x seminggu
  • Kuala Lumpur – Miri: 2x seminggu
  • Kuala Lumpur – Sandakan: 2x seminggu
  • Kuala Lumpur – Tawau: 2x seminggu
  • Kuala Lumpur – Pulau Pinang: 3x seminggu
  • Kuala Lumpur – Kuching: 3x seminggu (bulan Jun)
  • Kuala Lumpur – Kuching: 5x seminggu (bulan Julai)

Bagi penerbangan antarabangsa, ia akan ditambah kekerapannya bermula bulan Julai seperti berikut:

  • Kuala Lumpur – Chennai: 1x seminggu
  • Kuala Lumpur – Hyderabad: 1x seminggu
  • Kuala Lumpur – Mumbai: 1x seminggu
  • Kuala Lumpur – Bangalore: 1x seminggu
  • Kuala Lumpur – Delhi: 1x seminggu
  • Kuala Lumpur – Kochi: 1x seminggu
  • Kuala Lumpur – Sri Lanka: 1x seminggu
  • Kuala Lumpur – Taipei: 1x seminggu
  • Kuala Lumpur – Guangzhou: 1x seminggu
  • Kuala Lumpur – Adelaide: 1x seminggu
  • Kuala Lumpur – Brisbane: 1x seminggu
  • Kuala Lumpur – Surabaya: 1x seminggu
  • Kuala Lumpur – Melbourne: 1x seminggu (19 hingga 31 Julai)
  • Kuala Lumpur – Melbourne: 2x seminggu (1 hingga 18 Julai)
  • Kuala Lumpur – Sydney: 1x seminggu (6 hingga 31 Julai)
  • Kuala Lumpur – Sydney: 2x seminggu (1 hingga 5 Julai)
  • Kuala Lumpur – Dhaka: 2x seminggu
  • Kuala Lumpur – Kathmandu: 2x seminggu
  • Kuala Lumpur – London: 2x seminggu
  • Kuala Lumpur – Osaka: 2x seminggu
  • Kuala Lumpur – Narita: 2x seminggu
  • Kuala Lumpur – Incheon: 2x seminggu
  • Kuala Lumpur – Hong Kong: 2x seminggu
  • Kuala Lumpur – Perth: 2x seminggu
  • Kuala Lumpur – Denpansar: 2x seminggu
  • Kuala Lumpur – Phuket: 2x seminggu
  • Kuala Lumpur – Cambodia: 2x seminggu
  • Kuala Lumpur – Manila: 3x seminggu
  • Kuala Lumpur – Jakarta: 4x seminggu
  • Kuala Lumpur – Bangkok: 4x seminggu
  • Kuala Lumpur – Singapura: 5x seminggu

Penyambungan semula penerbangan ini akan membolehkan ahli keluarga yang tidak dapat pulang akibat sekatan perjalanan sebelum ini, untuk bertemu semula. Walaubagaimanapun, penumpang diingatkan untuk menyemak dahulu syarat-syarat masuk dan keluar negara yang berkaitan, sebelum memulakan perjalanan.



Malaysia Airlines turut menjamin keselamatan dan keselamatan penumpang di sepanjang penerbangan. Antaranya dengan memeriksa suhu badan, membasmi kuman di semua bahagian dan peralatan, membuat penjarakan sosial serta mewajibkan pemakaian pelitup muka. Semua petugas Malaysia Airlines juga akan memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan kesihatan mereka turut diperiksa setiap hari.

Sumber: Simple Flying, Malaysia Airlines

Tags: Malaysia Airlines
Najib

Najib

POPULAR

Penerbangan Malaysia Airlines ke Asia, Australia dan Eropah akan ditambah bermula Julai

11 June 2020
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN