Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Apple AppStore jana bil dan jualan aplikasi sebanyak USD 519 bilion sepanjang tahun 2019

Apple mengumumkan bahawa ekosistem App Store telah menyokong transaksi bil dan jualan aplikasi di seluruh dunia, sebanyak USD 519 bilion bagi tahun 2019. Angka berkenaan diperoleh berdasarkan kajian dan analisa yang dilakukan oleh firma konsultan ekonomi, Analysis Group,

Daripada keseluruhan jumlah tersebut, Analysis Group menjelaskan transaksi di aplikasi e-dagang mencatat jumlah tertinggi diikuti perkhidmatan digital ditempat kedua. Selain itu, iklan dalam aplikasi juga merekodkan perolehan ketiga terbanyak.

Pecahan bil dan jualan di App Store untuk tahun 2019 adalah seperti berikut:

  1. USD 413 bilion dari perkhidmatan dan barangan fizikal
  2. USD 61 bilion dari perkhidmatan dan barangan digital
  3. USD 45 bilion dari iklan dalam aplikasi

Dalam kategori perkhidmatan dan barangan fizikal, aplikasi e-dagang menjana transaksi bil dan jualan tertinggi di stor aplikasi Apple itu. Ia menjana perolehan terbesar iaitu sebanyak USD 268 bilion. Aplikasi pelancongan pula menyusul dengan mencatat rekod kedua terbanyak iaitu USD 57 bilion, disusuli aplikasi e-hailing (USD 40 bilion) dan yang terakhir aplikasi penghantaran makanan iaitu USD 31 bilion.

Sementara itu, aplikasi dan perkhidmatan digital seperti penstriman muzik dan video, kecergasan, pendidikan, ebuku atau buku audio, akhbar, majalah dalam talian, laman cari jodoh serta permainan video, antara yang berjaya mencatat rekod perolehan dengan anggaran keseluruhan USD 61 bilion.

Rekod ini diperoleh daripada pembelian aplikasi berbayar dan dalam aplikasi serta langganan perkhidmatan. Kesemua perkhidmatan ini diselia oleh Apple Pay.

Sumbangan kepada penjanaan bil dan jualan pembangun aplikasi turut diperoleh daripada iklan dalam aplikasi. Dengan anggaran keseluruhan sebanyak USD 45 bilion, aplikasi permainan video merekodkan hasil iklan sebanyak 44%.

Dalam pada itu, mengikut pecahan transaksi bil dan jualan mengikut negara pula, Apple memaklumkan bahawa pengguna di Amerika Syarikat hanya menyumbang sebanyak USD 138 bilion. China mencatatkan sumbangan lebih tinggi iaitu USD 246 bilion.

BACA  Poco F2 Pro dilengkapi Snapdragon 865 kini boleh dibeli dari serendah RM1,519

Secara keseluruhan, dari hasil dan transaksi aplikasi di App Store tahun 2019, Apple hanya memperoleh bahagian kira-kira 15%. Ia merupakan pendapatan daripada komisen 30% yang dikenakan kepada pembangun untuk meletakkan aplikasi di platform iOS selain penggunaan sistem pembayaran dalam talian.

Sumber: The Verge