Kamera di telefon ini boleh hasilkan gambar makro dan bokeh serentak

(Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Samsung)

Telefon pintar masa kini adalah sebuah kamera berinternet. Sebab itu orang ramai akan memerhati dengan teliti spesifikasi kamera di telefon pintar, berbanding aspek yang lain.

Evolusi kamera di telefon pintar menyaksikan ia semakin menghampiri apa yang boleh ditawarkan kamera DSLR iaitu lensa pelbagai. Telefon pintar kini memiliki lensa dengan apertur lebih pantas, lensa telefoto, lensa mono, lensa makro, lensa potret dan banyak lagi.

Kamera yang bagaimana anda mahukan di telefon pintar anda?

Di sini saya nak cadangkan sebuah telefon yang memiliki kamera potret dan kamera makro. Bunyi macam canggih tapi tak semahal mana.

Dengan kamera potret, anda boleh menangkap gambar yang sesuai untuk instagram dan media sosial. Hasil dari kamera potret ni, subjek yang menjadi fokus utama kekal tajam tetapi ia akan mengaburkan bahagian lain. Jadi anda boleh tayang rambut baru, baju baru, kasut baru, dan bermacam perkara dengan menarik.

Untuk kamera makro, ia juga sesuai untuk ditampal di dinding media sosial anda. Hasil tangkapan makro adalah suatu seni yang anda harus cuba sendiri. Lihat bagaimana perkara yang sukar untuk dilihat dengan mata kasar kita sebelum ni, terhasil jelas dan besar di lensa makro. Silap-silap boleh menang pertandingan bergambar pula.

Contoh gambar makro & bokeh. Sumber: Pexels

Kamera makro dan kamera potret ni dah banyak ada, tapi macam mana pula dengan kamera makro dengan keupayaan bokeh? Kalau ada kamera makro sebegini, anda boleh tangkap gambar makro dan mengaplikasi latar belakang kabur atau efek bokeh. Benda yang kecil pun boleh asingkan subjek dan latar. Macam ni, anda boleh ambil gambar kecil yang lebih menarik.

BACA  Samsung Galaxy Buds Live kini ada ANC dengan rekaan unik lebih radikal

Tetapi telefon apa yang ada Kamera Makro ini?

Anda boleh dapatkannya di Samsung Galaxy A31. Telefon ini memiliki RAM sebesar 6GB serta storan seluas 128GB. Malah, anda boleh gunakan dua kad sim bersama kad mikroSD serentak, kerana ia ada tiga slot kad tersebut.

Kita pergi pada kamera belakangnya, terdapat 4 kesemuanya. Kamera utamanya 48MP, boleh mengambil gambar yang jelas di siang hari dan cerah di malam hari. Kamera ultra lebar 8MP pula, mempunyai keluasan 123-darjah seperti mata manusia. Jadi anda boleh mengambil gambar suasana dengan sempurna.

Kamera ketiga ialah kamera potret, kini dengan kuasa Live Focus Effect. Gambar subjek dan latar yang mahu dikaburkan, boleh diubah walaupun selepas gambar diambil.

Paling menarik adalah kamera keempat, iaitu kamera makro 5MP. Kamera makro ini memiliki autofokus, memastikan subjek kecil yang mahu ditangkap sentiasa tajam. Kamera ini juga datang dengan efek bokeh, menjadikan subjek kecil anda lebih menonjol dari biasa.

Selain itu, anda boleh menjangkakan ciri-ciri flagship pada telefon ini seperti bateri yang sangat besar, 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 15W USB-C. Ia juga ada skrin Super AMOLED yang menawan, dengan resolusi HD Penuh untuk paparan yang jelas dan tajam.

Galaxy A31 datang dalam 3 warna pilihan iaitu Prism Crush Blue, Prism Crush Black dan Prism Crush White. Bahagian belakang telefon ini memaparkan efek prisma gradien yang memberi kenyamanan dan mood yang tenang.

Telefon ini dijual pada harga RM1,099 di Malaysia. Tetapi anda boleh mendapatkan rebat RM50 serta Protection Plus percuma, jika membelinya sebelum 30 Jun 2020. Samsung juga menawarkan Galaxy A51 8GB RAM dengan rebat RM100, serta Galaxy A21s dengan rebat RM50 dan Protection Plus percuma. Selain itu, pembelian Galaxy A11 turut datang dengan Protection Plus percuma. Semua tawaran ini berjalan sehingga 30 Jun 2020, tertakluk pada terma dan syarat.

BACA  Samsung Galaxy Note 20 Ultra & Note 20: Semua yang anda perlu tahu

Tunggu apa lagi, segera dapatkan sebuah telefon Samsung Galaxy A31 dari pengedar sah Samsung serta Stor Online Samsung Malaysia.