Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Apple cuak komisen terganggu kalau Facebook Gaming tembusi App Store?

Tidak menghairankan kenapa Apple tidak meluluskan permohonan Facebook untuk masukkan APP Facebook gaming mereka dalam App Store. Bukanya sekali, tapi sekurang-kurangnya lima kali permohonan ditolak sejak Februari 2020 yang lalu.

Di Android, Facebook Gaming sudahpun boleh dinikmati penggunannya sejak sekian lama.

Facebook Gaming menghimpunkan pelbagai perkara berkaitan gaming. Di sana, pengguna boleh menonton livestream game kegemaran mereka, bermain permainan dalam format HTML 5 terus di dalam APP, malahan bersosial dengan kawan-kawan.

Sekiranya perkara ini dibenarkan, maka terpadamlah potensi Apple untuk memungut komisen sehingga 30% dairpada transaksi yang berjalan sama ada di luar game, mahupun di dalam game. Kalau anda masih belum dengar cerita, Apple telah mengumumkan yang App Store telah menjalankan transaksi lebih setengah billion USD sepanjang tahun 2019.

Apple bukan sahaja gusar aliran perolehan mereka terjejesa, malahan Facebook sendiri turut terjejas jika ingin bersaing dengan produk Apple. Pada tahun lepas saja, App Store telah menjana kira-kira USD 15 billion perolehan kepada Cupertino.

Dalam hal yang berkaitan, Apple kini dalam proses menekan pengeluar APP untuk masukkan fungsi in-app purchase Apple untuk gantikan sistem langganan yang tidak libatkan Apple yang diguna pakai mereka sekarang.

Sumber: 9to5Mac

BACA  Musim baru Fortnite bermula, tapi pengguna iOS dan Mac tak boleh sertainya