• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Android Nearby Sharing akan boleh berhubung dengan komputer

  • OLEH Najib
  • 11:53 am
  • 22/06/2020
  • Komen
Android Nearby Sharing akan boleh berhubung dengan komputer
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah beberapa ketika kita mendengar usaha Google dalam membangunkan fungsi yang menyerupai Apple Airdrop, untuk dimasukkan ke dalam sistem operasi Android 11 yang akan datang. Awalnya dipanggil sebagai Fast Share, kini ia dipanggil sebagai Nearby Sharing.

Satu penemuan terbaru menyatakan Google mahu meluaskan fungsi Nearby Sharing ini kepada peranti bukan Android. Secara spesifiknya, kepada komputer yang menggunakan pelayar Chrome.



Nearby Sharing shows up in #chromebook settings pic.twitter.com/Z2V5UrgPT4

— Dinsan (@_dinsan) June 19, 2020

Dinsan dari Chrome Story telah menemui tetapan Nearby Sharing di dalam komputernya yang menjalankan sistem operasi Chrome OS. Tetapi selepas fungsi ini diaktifkan, ia masih tidak dapat digunakan. Ini mungkin kerana ia masih dalam ujian.

Menariknya, penemuan ini tidak terhad kepada Chrome OS sahaja. Menggali kod sumbernya dengan lebih mendalam, terdapat rujukan kepada Nearby Sharing ditemui di dalamnya, menyatakan ia akan datang ke pelayar Chrome juga.



Walau bagaimanapun, perkara ini belum rasmi dinyatakan oleh Google dan ia juga masih tidak dapat digunakan lagi dengan baik. Jika fungsi ini diaktifkan di peranti, notis akan terpapar kepada pengguna lain berkenaan terdapatkan peranti dengan Nearby Sharing berhampiran.

Demo bagaimana ia berfungsi boleh dilihat dari video di bawah ini.

Sumber: 9to5google

Tags: Android Nearby SharingGoogleGoogle Chrome
Najib

Najib

POPULAR

Android Nearby Sharing akan boleh berhubung dengan komputer

Android Nearby Sharing akan boleh berhubung dengan komputer

22 June 2020
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

25 November 2026
Xiaomi lancarkan tiga peranti boleh pakai baharu di Malaysia, harga dari RM199

Xiaomi lancarkan tiga peranti boleh pakai baharu di Malaysia, harga dari RM199

27 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026
CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

25 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN