• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple WWDC: Ini 5 fungsi baharu dalam kemaskini WatchOS 7

  • OLEH Ghazali Alias
  • 11:47 am
  • 24/06/2020
  • Komen
Apple WWDC: Ini 5 fungsi baharu dalam kemaskini WatchOS 7
Share on FacebookShare on Twitter

Sistem operasi jam tangan pintar Apple Watch iaitu versi WatchOS 7, merupakan antara sistem baharu yang diperkenalkan Apple dalam persidangan tahunan pembangun Apple atau WWDC, selain iOS 14 dan iPadOS.

Kemaskini WatchOS 7 yang diperkenalkan Apple kali ini, mengetengahkan beberapa ciri baharu untuk Apple Watch iaitu;



  • Susun atur paparan jam dan kongsikan dengan Face Sharing
  • Peta untuk pengguna basikal
  • 4 aktiviti kecergasan baharu ditambah
  • Penjejak aktiviti tidur
  • Pengesan kekerapan dan kebersihan basuhan tangan

Susun atur paparan jam dan kongsikan dengan Face Sharing

Dengan kemaskini WatchOS 7 , paparan jam Apple Watch boleh ditetapkan dan disuaikan mengikut citarasa pengguna. Sebagai contoh, bagi pengguna yang suka bersukan, mereka boleh meletakkan pelbagai aplikasi dalam satu paparan, seperti waktu dan tarikh, kiraan langkah serta laporan cuaca. Buat golongan ibu pula, paparan jam mereka boleh disusun atur dengan menetapkan waktu bersama komplikasi tambahan seperti jadual harian anak dan galeri gambar.

Terdapat juga paparan klasik seperti jam analog kronograf dengan komplikasi tambahan seperti penunjuk kelajuan (takimeter). Paparan jam dengan waktu digital dan aplikasi pilihan turut tersedia sebagai pilihan buat pengguna.



Kongsi paparan jam dengan Face Sharing

Selain menetapkan paparan jam mengikut citarasa sendiri, pengguna boleh berkongsi paparan dengan pengguna lain. Menerusi Face Sharing,  paparan jam boleh dimuat turun dari pihak ketiga menerusi App Store atau dari laman web. Pengguna dan pembangun aplikasi turut boleh berkongsi paparan jam yang direka sendiri menerusi mesej, emel dan media sosial.

Peta untuk pengguna basikal

Sebelum ini pengguna Apple Watch boleh mengguna peta semasa memandu, menaiki tren atau berjalan kaki. Kini fungsi itu ditambah untuk pengguna basikal. Penunggang basikal boleh memilih pelbagai cadangan perjalanan dengan informasi seperti masa, jarak dan jalan dengan laluan basikal. Pengguna juga diberi panduan navigasi perjalanan, seperti perlu menolak basikal atau menggunakan tangga untuk menjimatkan masa perjalanan.

4 aktiviti kecergasan baharu ditambah

Aplikasi Workout di Apple Watch kini ditambah dengan empat 4 aktiviti kecergasan baharu iaitu:

  • Latihan teras
  • Tarian
  • Latihan kekuatan fungsional
  • Gerakan penyejukan badan.

Pengguna Apple Watch dengan kemaskini WatchOS 7, pergerakan dalam 4 aktiviti tambahan berkenaan dijejak dengan menggunakan algoritma khas. Seperti dalam tarian, kadar degupan jantung dan pembakaran kalori dikira dengan menggabungkan data daripada akselerometer (kelajuan) dan giroskop (gerakan).

Seiring dengan penambahan itu, Apple turut menamakan semula aplikasi kecergasan di iPhone iaitu Activity kepada Fitness.

Penjejak aktiviti tidur

Ciri ini paling dinantikan oleh pengguna Apple Watch. Penjejak aktiviti tidur atau Sleep Tracking ini dapat membantu pengguna mendapatkan kualiti tidur yang baik.

Menerusi fungsi ini, pengguna boleh menetapkan waktu dan memantau tahap kualiti tidur secara harian dan mingguan. Apple turut memperkenalkan tetapan Wind Down. Dengan tetapan ini, pengguna boleh meminimumkan gangguan sebelum tidur dan menetapkan pautan pintas (shortcut) ke aplikasi penting. Tetapan ini akan menukar status telefon kepada do not disturb dan memalapkan skrin telefon serta Apple Watch apabila masa tidur telah tiba.

Sleep Tracking juga dilengkap dengan ciri penggera yang tidak mengganggu orang sekeliling. Pengguna boleh memilih penggera silent haptic alarm atau gentle sounds.

Peringatan dan pengesan membasuh tangan

Seiring norma baharu dengan amalan pencegahan COVID-19, Apple menampilkan fungsi Automatic Handwashing Detection. Ia merupakan inovasi pertama seumpamanya dari Apple untuk produk aksesori teknologi seperti Apple Watch.

Fungsi ini akan mengingatkan pengguna supaya membasuh tangan dengan betul. Ia mengesan aktiviti berkenaan menerusi kombinasi data daripada sensor, mikrofon, dan pembelajaran mesin. Ia bermaksud, jam akan mengesan pengguna sedang membasuh tangan, berdasarkan pergerakan tangan dan bunyi air dari paip pada masa sama.

Semasa membasuh tangan, fungsi ini akan aktif secara automatik. Ia menghidupkan pemasa selama 20 saat. Jika pengguna berhenti mencuci tangan sebelum tempoh itu, ia akan memberikan notifikasi yang basuhan tidak sempurna.

Selain lima fungsi baharu yang dinyatakan, kemaskini versi WatchOS 7, juga membawakan beberapa lagi penambahan fungsi di Apple Watch antaranya:

  • Siri boleh digunakan untuk menterjemahkan bahasa asing dan menghantar mesej suara melalui Mesej
  • Fungsi kesihatan berkaitan pendengaran
  • Ciri baharu untuk pembangun aplikasi iaitu Xcode Previews dan mereka grafik di SwiftUI

Sumber: Apple

Tags: appleapple watchWatchOS 7WWDC
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Apple WWDC: Ini 5 fungsi baharu dalam kemaskini WatchOS 7

Apple WWDC: Ini 5 fungsi baharu dalam kemaskini WatchOS 7

24 June 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER