• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Next@Acer: Kerusi gaming Acer ini boleh mengurut dan mengeluarkan bunyi

  • OLEH Najib
  • 2:16 pm
  • 24/06/2020
  • Komen
Next@Acer: Kerusi gaming Acer ini boleh mengurut dan mengeluarkan bunyi
Share on FacebookShare on Twitter

Selain komputer dan laptop, Acer turut memperkenalkan satu aksesori menarik untuk peminat permainan video iaitu kerusi gaming. Kerusi gaming Acer ini menawarkan beberapa perkara yang tidak terdapat pada kerusi gaming lain iaitu mengurut dan speaker.

Acer menghasilkan kerusi gaming ini dengan kerjasama pakar kerusi urut, Osim. Ia dilengkapi teknologi Osim V-Hand Massage, memberikan rasa seperti diurut dengan tangan sebenar di leher dan bahu. Antara teknik mengurut yang terdapat di kerusi ini ialah seperti menekan dan memicit di belakang badan.



Pengguna kerusi ini boleh duduk lebih lama di kerusi ini, kerana ia dilengkapi pengurut untuk mengurangkan rasa tegang badan, selain rekaan kerusi yang selesa untuk diduduki sepanjang masa.

Kerusi ini boleh diubahsuai agar menepati keinginan pengguna. Ia boleh dinaik dan diturunkan dan boleh disengetkan sehingga 145-darjah. Untuk urutan, terdapat tiga program urut automatik iaitu leher & bahu, belakang dan tenaga.



Bebola mengurut di kerusi ini boleh diubahsuai mengikut bentuk badan pengguna. Tahap bahu boleh disusun semula mengikut ketinggian malah ia juga boleh ditukar agar menepati titik urutan yang diingini pengguna. Pengguna juga boleh menetapkan agar ia mengurut pada satu tempat sahaja.

Kerusi gaming mengurut ini datang di dalam warna hitam yang diperbuat dari kulit, dengan kemasan ala fiber karbon. Ia turut dipasang dengan pembesar suara Bluetooth pada bahagian kepala, untuk memberikan bunyi yang lebih menarik semasa bermain game tanpa memerlukan set kepala.

Acer tidak menyatakan bilakah kerusi ini akan dijual dan berapa harganya. Pengumuman akan dibuat apabila ia akan dijual kelak.

Tags: AcerOSIM
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Next@Acer: Kerusi gaming Acer ini boleh mengurut dan mengeluarkan bunyi

Next@Acer: Kerusi gaming Acer ini boleh mengurut dan mengeluarkan bunyi

24 June 2020
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN