• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna di Malaysia lebih banyak guna e-dompet sepanjang pandemik COVID-19

  • OLEH Ghazali Alias
  • 6:23 pm
  • 25/06/2020
  • Komen
Maybank henti beri mata ganjaran dan cashback untuk tambah nilai eWallet
Share on FacebookShare on Twitter

Sepanjang tempoh pandemik COVID-19 melanda, sebanyak 40% pengguna Malaysia didapati lebih selesa menggunakan e-dompet dalam transaksi pembayaran. Jumlah itu lebih tinggi berbanding yang direkodkan di Filipina iaitu 36%, Thailand (27%) dan Singapura (26%).

Berdasarkan Kajian Impak Mastercard 2020 terhadap 10,000 responden di rantau Asia Pasifik pada bulan Mac dan April 2020, 40% pengguna di Malaysia mengunakan e-dompet, 26% menggunakan kad debit tanpa sentuh, manakala 22% menggunakan kad kredit tanpa sentuh sebagai kaedah pembayaran.



Kajian tersebut turut menyatakan bahawa, sepanjang April 2020, 18% pengguna Malaysia lebih banyak melakukan pembayaran secara mudah alih dan kod QR. Jumlah itu juga lebih tinggi berbanding negara Asia Tenggara lain iaitu 16% di Filipina dan 15% masing-masing di Singapura serta Thailand.

Mastercard turut menyatakan dalam kajian mereka, penggunaan wang secara fizikal didapati merosot dalam tempoh sama. Di Malaysia, penggunaan wang secara fizikal dilaporkan merosot sebanyak 64%. Jumlah sama turut dicatat di Filipina. Singapura pula merekodkan penurunan lebih tinggi iaitu 67%, manakala Thailand lebih rendah dengan 59%.



Dalam pada itu, kajian tersebut turut menyatakan bahawa separuh daripada pengguna dalam negara lebih suka membeli belah secara dalam talian. Ia termasuk membeli makanan dan barangan menerusi perkhidmatan penghantaran terus ke rumah. Selain itu, aktiviti pengguna di Malaysia dalam talian juga meningkat dengan pecahan aktiviti seperti berikut:

  • Melayari Internet untuk berita dan hiburan – 75%
  • Penstriman video dalam talian – 57%
  • Melayari laman sosial – 55%

Berdasarkan kajian yang dinyatakan, peralihan pengguna terutama di Malaysia kepada pembayaran tanpa tunai dipengaruhi oleh keadaan COVID-19 yang melanda negara. Pada masa sama ia kemungkinan akan meningkat. Tambahan pula dengan pemberian RM 50 dalam e-dompet menerusi PENJANA, pasti lebih banyak penggunaan akan direkodkan dalam masa terdekat.

Sumber: Bernama

Tags: e-dompetmastercardqr pay
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Maybank henti beri mata ganjaran dan cashback untuk tambah nilai eWallet

Pengguna di Malaysia lebih banyak guna e-dompet sepanjang pandemik COVID-19

25 June 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN